ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelong tawar sebuah SUV Proton sempena sambutan ulangtahun ke-20nya

Views

Lelong.my (“Lelong”), perintis laman e-dagang Malaysia akan menyambut ulangtahun ke-20nya pada tahun ini dan bakal meraikan sambutannya dengan menawarkan penggunanya sebuah SUV Proton yang ultra-eksklusif dan masih belum dilancarkan, selain 10,000 baucar dan 500 hadiah yang lain.

Bermula bulan ini, Lelong akan mengadakan pelbagai peraduan, tawaran dan promosi yang menarik sehingga Hari Malaysia sebagai kemuncak pada acara sambutan ulangtahun ke-20nya. Richard Tan, pengasas bersama dan pengarah urusan Interbase Resources Sdn. Bhd. yang menjadi pemilik Lelong berkata sejak dua dekad lalu, Lelong telah merovolusikan lanskap e-dagang Malaysia dan fokus syarikatnya sentiasa terarah untuk memperkaya gaya hidup pengguna menerusi inovasi digital.

Peraduan “Shop and Win” dan “Spin and Win” akan diadakan di laman web dan apliskasi mudah alih Lelong, di mana pengguna bakal berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah dan baucar. Kempen “Shop and Win” juga akan menawarkan sebuah SUV Proton sebagai hadiah utama.

JOM BACA >> PANAS : SUV Proton Tanpa Celoreng Penyamaran Berjaya Dikesan Di China!

Lelong juga akan membawakan kembali ciri Superbid disepanjang tempoh kempen. Pada hari biasa dari jam 1 tengah hari hingga 2 petang, pengguna boleh membida di laman Lelong  untuk mana-mana 20 hingga 50 barangan yang disediakan dengan harga bermula dari RM1. Di laman Facebook and Instagramnya pula, Lelong akan mengadakan “20 for 20” Challenge di mana cabaran akan di poskan sepanjang tempoh peraduan, dengan 20 pemenang akan dipilih untuk menerima hadiah Surprise Gift Box.

Diadakan serentak Photo Overlay Contest, yang merupakan peluang untuk rakyat Malaysia untuk menunjukkan dan kongsi rasa cinta mereka kepada laman e-dagang tersohor di negara. Pengguna laman Lelong.my dan aplikasi mudah alihnya pula menampilkan antaramuka serba baharu yang kini sedang dipratonton dan diuji di seluruh platform Lelong sejak awal bulan. Antaramuka yang dirombak ini menampilkan logo yang lebih jelas dan terang, selain mengaktifkan tawaran “Lagi Worth It” dan mempertingkatkan pengalaman pengguna.

Selain peraduan, pengguna boleh mendapatkan tawaran hebat di laman dan aplikasi Lelong disepanjang tempoh kempen seperti Star Deals, “Hot Items, Hot Deals” (untuk barangan paling laris) dan Bargain Corner (untuk barangan berharga di bawah RM50). Layari www.lelong.my dan ikuti Facebook dan Instagram di https://www.facebook.com/lelongmalaysia/ dan  https://www.instagram.com/lelongmalaysia/ untuk peraduan terkini dan butiran lanjut promosi.

JOM BACA >> Adakah Ini SUV Perodua Kembara Generasi Baharu? 

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply