ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lima pemain golf amatur tempatan wakili Malaysia ke kejohanan WAGC

Views

Lima pemain golf amatur tempatan akan mewakili Malaysia di Durban, Afrika Selatan dalam kejohanan World Amateur Golfers Championship (WAGC) dari 22 Oktober hingga 29 Oktober 2016. (Kejohanan sebenar bermula pada 25 Oktober). Perodua merupakan penaja utama World Amateur Golfers Championship Malaysia sejak 2012 dan kejohanan tersebut dianjurkan oleh Delta Trend & Leisure Holidays Sdn Bhd.

Mereka merupakan pemenang kejohanan WAGC Malaysia yang telah berlangsung pada April hingga Julai 2016 di mana 5,000 pemain golf amatur  dari seluruh negara mengambil bahagian. Dari 5,000 orang peserta, lima daripadanya berada di kedudukan teratas setiap Kategori dan mereka adalah En. Faridzuan Che Hamid (Kategori A), En. Rastam Ariffin (Kategori B), En. Mohd Fazli Ramlan (Kategori C), En. Azizul Borhan (Kategori D) dan Mr. Gerald Jemandan (Kategori E). (rujuk lampiran di bawah)

nama-pemain-golf

Kesemua wakil negara kini berada di Durban, Afrika Selatan untuk bersaing dengan wakil 40 negara lain untuk memenangi gelaran World Amateur Golfers Championship. Peringkat akhir kejohanan World Amateur Golfers Championship World bermula hari ini (25 Oktober 2016) dan akan menutup tirai pada hari Jumaat (28 Oktober 2016) di Durban, Afrika Selatan. Tahun lalu, pemain golf amatur Malaysia berjaya menjuarai pusingan akhir World Amateur Golfers Championship di Belek Antalya, Turki.

KLIK UNTUK BESARKAN

2016-world-finalist day-1-group-photo

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply