ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mercede-Benz lancar A Class generasi baharu

Views

Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan model A Class generasi baharu semalam dan versi kali ini tampil dengan reka bentuk yang lebih matang hasil penggunaan garisan lakar yang harmoni dan permukaan yang besar dan tenang. Kombinasi luaran yang lebih kemas dan bersahaja disatukan dengan kabin yang ranggi dan dilengkapkan dengan pelbagai teknologi terkini.

Untuk memenuhi pemintaan mereka yang mahukan A-Class yang santai, Mercedes_benz menawarkan varian A200 Progressive Line sementara mereka yang lebih gemar citarasa ranggi dan muda disajikan dengan A250 AMG Line yang nyata lebih bergaya dengan kemasan krom tambahan dan rekabentuk bumpar depan dan belakang yang lebih bertenaga. Perbezaan di dalam kabin juga agak jelas dengan pilihan kemasan hitam piano untuk AMG Line sementara Progressive line dihias dengan kemasan kayu yang lebih bersahaja.

JOM BACA >> INTIP : Penampakan ‘wajah baharu’ Proton Iriz MC2 yang lebih jelas

Penggunaan skrin paparan berbentuk lonjong yang sangat besar telah menjadi satu tanda reka Mercedes Benz dan kali ini ia berjaya menjadikan A-Class berasa lebih eksklusif serta canggih. Dalam pada itu sistem paparan juga diubahsuai untuk menuruti sistem terbaru dari Stuttgart yang menggunakan kombinasi papan sesentuh bertindakbalas haptik serta tetikus yang biasa digunakan dalam kereta jenama tiga bintang ini.

Menurut Mark Raine, Timbalan Presiden Penjualan dan Pemasaran, A-Class kali ini melangkah lebih jauh ke era automotbil digital dengan pelbagai fungsi, terutamanya sambungan ke alam maya. Pelbagai fungsi sistem hiburan dan keselesaan kereta ini menggunakan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence).

Varian A200 dikuasakan dengan enjin 1.3-liter 4-silinder turbo yang menjana 120kW (163hp) dan 250 Nm daya kilas. Ia dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan DCT. Varian A250 pula datang dengan enjin 2.0-liter 4-silinder turbo yang menghasilkan 165kW (224hp) dan 350 Nm daya kilas yang digandingkan bersama transmisi yang sama dengan varian A200. Perbezaan kuasa dan daya kilas menghasilkan perbezaan julat pecutan yang besar. Jika A200 memerlukan 8 saat untuk mencecah 100km/j, A250 pula lebih pantas dan hanya memerlukan 6.2 saat untuk mencapai kelajuan yang sama.

Harga yang ditawarkan untuk A Class baharu:

  • A200 Progressive Line – RM 227,888
  • A250 AMG Line – RM 263,888

JOM BACA >> INFO: Betul ke tidur dalam kereta boleh membawa maut?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit ENGEAR.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply