ARKIB

KATEGORI

Buletin

Michelin Malaysia buka cawangan TYREPLUS di Sarawak

Views

Michelin Malaysia mengembangkan sayap perniagaan TYREPLUS ke Sarawak dengan membuka cawangan terbaharunya di Sibu. Dengan berkeluasan 3,256 kai persegi dengan nilai pelaburan RM 2 juta, cawangan TYREPLUS ini direka bagi menawarkan pelanggan produk berkualiti tinggi dan penyelenggaraan untuk semua jenana kenderaan pada harga yang sangat kompetitif dalam suasana yang selesa.

Cawangan TYREPLUS ini dimiliki oleh pengedar Michelin di Sarawak, Fei Yue Tyres Sdn Bhd yang mengendalikan Pusat Servis Michelin dan Pusat Servis Trak Michelin yang pertama di Timur Malaysia sejak 2008. Pengarah Urusan Fei Yue Tyres Sdn Bhd, En. Ngieng Hock Teck berkata Michelin adalah jenama yang terkenal dan TYREPLUS pula menawarkan pengalaman pembelian Michelin yang terbaik.

TYREPLUS merupakan konsep jualan global jenama Michelin yang merupakan pusat sehenti di bawah satu bumbung yang menawarkan pelbagai jenis jenama tayar utama dan juga menjual minyak pelincir, bateri, suspensi dan sistem brek. TYREPLUS turut menawarkan khidmat profesional seperti penjajaran, pengisian gas pendingin hawa dan mengepam gas nitrogen.

KLIK UNTUK BESARKAN

Michlin Opens First Tyreplus Store in Sibu, Sarawak_Group Photo

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply