ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi bangkitkan kembali Evo dalam bentuk crossover konsep elektrik

Views

Setelah setahun sejak Mitsubishi merajuk dan membatalkan Evo, kini kita akan dapat melihat versi terbaharunya sekali lagi. Suka atau pun tidak, Evo yang akan dibangkitkan semula ini akan hadir dalam bentuk konsep, tiada lagi enjin MIVEC turbo dan gaya rekaan sebuah kereta rali seperti Lancer sedan. Evo baharu bakal berevolusi menjadi sebuah SUV Coupé dengan kuasa elektrik sepenuhnya .

Ia bakal menjelmakan dirinya sebagai e-Evolution semasa Tokyo Motor Show 2017 kurang sebulan dari sekarang. Dengan rekabentuk aerodinamik gaya  SUV Coupé , e-Evolution akan dipacu dengan penjana kuasa elektrik dengan teknologi “Kepintaran Buatan” termaju selain dilengkapi sistem pacuan empat-roda.

Menerusi foto acah ini, e-Evolution pasti akan hadir dengan rekaan yang radikal dan aggresif. Tetapi bukan itu sahaja, Mitsubishi dijangka bakal membangkitkan semula 3000GT dalam bentuk crossover dalam beberapa bulan lagi, sekaligus ia bakal menuruti jejak langkah model kereta sport Eclipse yang dihidupkan kembali dengan jelmaan baharu sebagai sebuah crossover dengan nama Eclipse Cross awal tahun ini.

 

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply