ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan pemilik baharu Mitsubishi

Views

Akibat terpalit dengan skandal penipuan ala ‘Dieselgate Volkswagen’ yang menggoncang Mitsubishi Motors Corporation (MMC) pada awal tahun ini, akhirnya mereka terpaksa menyerahkan syarikat kepada Nissan dengan pegangan 34 peratus ekuiti. Keputusan kini rasmi dan Nissan sah menjadi pemilik pegangan terbesar Nissan dengan nilai hampir USD2.3 billion (RM96.4 bilion).

Ia sekaligus menjadikan pakatan Renault-Nissan akan bertambah kuat dengan kehadiran MMC dan turut melonjakkan mereka menjadi kumpulan automotif ketiga terbesar di dunia dengan 10 juta penghantaran pada tahun fiskal 2016. Kombinasi trio Nissan, Mitsubishi Motors dan Renault bakal menjadikan mereka kuasa baharu dalam pengeluaran kenderaan global pada masa akan datang.

Nissan turut mencalonkan empat wakil ke Lembaga Pengarah Mitsubishi Motors, termasuk Carlos Ghosn yang dilantik sebagai Pengerusi. Nama lain yang dicalonkan adalah Hitoshi Kawaguchi sebagai Ketua Hal Ehwal Global dan Ketua Pegawai Kemampanan, Hiroshi Karube sebagai Pengurus Aset Global dan Pengawal Global, dand Mitsuhiko Yamashita, sebagai wakil Nissan ke Lembaga Pengarah MMC.

Carlos Ghosn akan terus menyokong Presiden MMC dan CEO ketika ini, Osamu Masuko, tetapi untuk memastikan bahawa beliau tidak meninggalkan tugas di Nissan, beliau mengumumkan beberapa perubahan pengurusan lain yang akan berkuat kuasa pada 1 November, dan Ketua Pegawai Prestasi Nissan, Trevor Mann, dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi di MMC.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply