ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi berjaya jimat 6.6 billion Dolar tahun lalu

Views

Apa yang penting kerjasama! Dalam dunia automotif yang kian mencabar, Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi telah melakukan suatu yang amat menakjubkan dalam industri tersebut dengan berjaya berjimat lebih 6.6 billion Dolar (RM26.41 billion) tahun lalu! Pakatan ini merangkumi bukan sahaja jenama Renault, Nissan, dan Mitsubishi, malah beberapa jenama lain di bawah payung mereka termasukah Infiniti, Datsun, Dacia, Alpine, Renault-Samsung, dan AvtoVAZ.

Mereka telah bekerjasama dalam pelbagai bidang, tidak terhad kepada pembangunan bersama pelantar baharu, komponen dan teknologi. Selain daripada R&D, mereka turut berkongsi kuasa membeli, operasi kewangan mahupun logistik. Pengerusinya, Carlos Ghosn berkata Pakatan ini mempunyai kesan langsung dan positif terhadap pertumbuhan dan keuntungan setiap syarikat sekutunya. Pada 2017, ia telah memacu prestasi kesemua tiga syarikat termasuklah Mitsubishi Motors yang menyaksikan kenaikan sinergi sepanjang tahun pertama.

2017 merupakan tahun pertama sepenuhnya integrasi Mitsubishi dalam Pakatan tersebut yang telah membantu kumpulan meningkatkan penjimatan kos dari sinergi sebanyak 14 peratus (dari €5b / $5.8b) berbanding 2016. Carlos Ghosn dan syarikat merancang untuk meningkatkan sinergi Pakatan kepada lebih dari €10 bilion ($11.6 bilion) menjelang akhir tahun 2022, di mana sasaran mereka untuk menghasilkan lebih dari 14 juta kenderaan di antara mereka.

Tahun lalu, mereka berjaya menjual lebih 10.6 bilion unit yang lebih sedikit dari 10.5 dan 10.3 bilion unit yang telah dijual oleh Toyota dan Volkswagen pada tahun yang sama. Dalam kata lain, jika Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi adalah satu kumpulan automotif, ia sudah pasti menjadi yang terbesar di dunia. Mungkin dalam masa terdekat ia dapat melengkapkan penggabungan menjadi satu entiti, jika Ghosn mempunyai caranya.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Mempunyai rakan strategik asing sememangnya menjimatkan kos pengurusan / pentadbiran, kos RnD, kos perkhidmatan sebelum / selepas jualan, dan kos² lain…

    Sebagaimana cadangan projek automaker nasional ke3 yang sedang mencari rakan strategik asing dari jepun bagi menjimatkan kos² yang disebut di atas…

Leave a Reply