ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pakej rim dan aero baru dari Vorsteiner untuk E-Class W212 facelift

Views

Artikel oleh : Shamsul Yunos

Pakar rim dan aftermarket dari Jerman, Vorsteiner telah menghasilkan pakej aero dan rim terbaru untuk model Mercedes-Benz E63 AMG W212. Pakej aero yang terdiri dari diffuser depan dan belakang ini kelihatan lebih agresif dari pakej asal dari AMG dan ianya dibuat menggunakan Serat Karbon.

Untuk bahagian depan, ianya dibentuk menggunakan sistem sedutan vakum dan dimasak dalam autoclave untuk menghasilkan produk yang tahan lasak dan kemasan berkualiti tinggi. Diffuser belakang pula menggunakan pre-pregnated carbon fibre, iaitu serat karbon yang datang sekali dengan bahan adhesif dan ia juga dimasak dalam autoclave untuk kemasan yang lasak.

Diffuser depan mempunyai rekabentuk yang lebih agresif dan memerlukan vacuum forming untuk memastikan adhesif cecair meresap ke semua bahagian untuk mengukuhkan struktur produk. Vorsteiner juga telah menghasilkan dua rekabentuk rim untuk pakej ini.

Harga yang diletakkan di laman sesawang mereka ialah USD1,695 (RM7,034.32) untuk diffuser depan dan USD1,895 (RM7,864.33) untuk diffuser belakang. Harga rim tidak diletakkan di laman sesawang mereka.

ATK_6690-copy-1-e1454567076686 ATK_6727-copy-e1454567178160 ATK_6732-copy-e1454567153822 vbr_front_e63_amg vbr_rear_e63_amg vff102 vff103

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply