ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peluang untuk memenangi barangan elektrik di booth ETCM!

Views

Edaran Tan Chong Motor (ETCM), pengedar tunggal kenderaan Nissan turut tidak ketinggalan dalam acara My Auto Fest 2016 yang sedang berlangsung mulai hari ini di Pusat Pameran & Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC). ETCM turut menaja sebuah Nissan Almera 1.5L dengan aerokit NISMO bernilai RM82,000 yang bakal dibawa pulang oleh pengunjung bertuah yang mendaftar dan membeli semasa pameran tersebut berlangsung.

Di booth Nissan, mereka akan mempamerkan model model seperti Almera Nismo, Serena S-Hybrid, Nissan X-Trail dan trak pikap NP300 Navara yang dilengkapi aksesori Ironman 4×4. Selain itu pengunjung bertuah yang menyertai sesi pandu uji berpeluang memenangi perkakasan elektrik SHARP.

Bukan itu sahaja, ETCM juga melancarkan aktiviti “Tempah dan Menang” yang eksklusif kepada pelanggan yang menempah mana-mana kenderaan Nissan sepanjang festival. Mereka bakal memenangi perkakasan elektrik jenama Sharp dengan nilai keseluruhan mencecah RM30,000.

Ayuh kunjungi booth ETCM di My Auto Fest 2016 untuk menikmati tawaran hebat Nissan. Masuk adalah percuma!

MYautoFEST LEAFLET-FOP

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply