ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Perdana 2016 Sedang Menjalani Ujian Di Lebuhraya Plus

Views

Proton semakin rancak menguji model Perdana 2016 yang semakin hampir dengan tarikh pelancarannya pada bulan Mac ini. Foto terbaharu model ujian Perdana 2016 telah kami perolehi dari Muhd Izamin melalui pesanan peribadi di Facebook rasmi kami sebentar tadi. Menurutnya, Perdana 2016 itu telah ditemui di lebuhraya Plus menghala ke arah selatan sebelum Alor Gajah.

Ada satu foto yang menunjukkan Perdana 2016 berada bersebelah dengan Volkswagen Jetta, dan jika diperhatikan saiz Perdana 2016 hampir sama dengan model tersebut. Kami yakin semakin hampir dengan pelancaran semakin kerap penemuan model ini ditemui oleh orang awam. Mungkin juga foto risikan akan datang akan memperlihatkan lebih jelas bentuknya kerana tampalan pelekat penyamaran akan dikurangkan apabila tarikh pelancarannya semakin dekat. Tunggu!

perdana r spyshots 1 perdana r spyshots 2 perdana r spyshots 3 perdana r spyshots

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments

Leave a Reply