ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perkhidmatan GoCar kini boleh didapati di 100 stesen Shell

Views

GoCar Malaysia dan Shell Malaysia mengumumkan perkhidmatan perkongsian kereta kini tersedia di 100 stesen Shell sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Perkongsian ini bertujuan untuk meningkatkan perjalanan rakyat Malaysia dengan memberi mereka kemudahan tambahan untuk pilihan perjalanan mereka.

Ia juga selaras dengan komitmen kedua-dua syarikat dalam membuat perjalanan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia. Pelanggan kini boleh memilih perkhidmatan GoCar di stesen Shell yang terpilih, selain menambah bahan api Shell dan menikmati hidangan kegemaran mereka dari Shell Select.

Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata di Shell mereka sentiasa berusaha untuk membuat pembaharuan produk dan perkhidmatanuntuk memastikan pelanggan gembira dan berpuas hati. Kerjasama Shell dengan GoCar adalah yang pertama yang membolehkan mereka menawarkan semua perkhidmatan tambahan di bawah satu bumbung kepada pelanggan.

JOM BACA >> INTIP : Penampakan ‘wajah baharu’ Proton Iriz MC2 yang lebih jelas

Platform perkongsian kereta tempatan ini membolehkan pengguna menyewa kereta pada jam atau hari melalui aplikasi telefon pintar GoCar, yang boleh dimuat turun dari App Store (untuk pengguna iOS) atau Google Play Store (untuk pengguna Android). Armada GoCar terdiri daripada pelbagai model kereta dari sedan, SUV, crossover, MPV hingga ke trak pikap. Pelanggan yang menempah GoCar melalui aplikasinya juga akan menikmati keselesaan penyelenggaraan kenderaan dan perlindungan insurans asas yang termasuk dalam kadar sewaannya.

Untuk meraikan kejayaan ini, GoCar dan Shell memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia dengan promosi eksklusif bermula dari 16 Oktober hingga 15 Disember 2018 di 30 stesen Shell yang terpilih. Pelanggan kini boleh menikmati penjimatan 50 peratus dari tempahan GoCar mereka, potongan diskaun pada RM30 apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM5 (untuk semua barangan tidak termasuk tambah nilai Touch ‘n Go, tambah nilai prabayar dan rokok). Di samping itu, pelanggan boleh menebus sebotol (1) Coca-Cola pada harga RM1.50 apabila mereka menyewa GoCar mereka di stesen Shell.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan senarai stesen Shell dengan perkhidmatan GoCar, sila layari http://bit.ly/gocar-shell-partnership.

JOM BACA >> INFO: Betul ke tidur dalam kereta boleh membawa maut?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply