ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Bezza 1.0 bakal dinaiktaraf, terima perubahan kosmetik?

Views

Walaupun sedang sibuk menyiapkan tempahan yang semakin meningkat terhadap model paling ber’hantu’nya Myvi, khabar angin mengatakan Perodua bakal memperkenalkan model Bezza 1.0 dengan perubahan kosmetik atau ‘facelift’. Model ini dijangka merancakkan kembali jualan varian tersebut yang agak ketinggalan dari segi jumlah jualan berbanding varian 1.3 yang terlajak laris. Tarikh pelancarannya masih belum diketahui, namun ia dijangka dalam masa terdekat.

Selain itu, model SUV yang dinanti-nantikan tahun ini pula bakal dilancarkan pada suku ke-empat 2018. Pembangunannya kini sedang giat dijalankan dan ada maklumat menyebut para jurujual akan mula menjalani latihan produk bermula bulan Ogos nanti. Kami meramalkan model SUV ketiga Perodua selepas Kembara dan Nautica ini bakal membuat kemunculan sekitar bulan November atau Disember 2018.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Jangan lah kosmetik shaja. Buat overhaul structure chassis sebab Bezza sangat lemah dari segi pemanduan handling & ride comfort. Stering bergegar, enjin bising & plastik dalaman berbunyi2 bila melanggar lubang.


  • Bezza sememangnya perlu perubahan kosmetik keseluruhannya.. Jualan bezza masih tidak dapat menandingi axia dan myvi.. Dan semestinya bezza 1.0L akan dilengkapi VSC standard semua Varian.. Apakah nasib Axia Tanpa VSC.?

Leave a Reply