ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua perkenal Myvi Advance warna dua-tona

Views

Perodua memperkenalkan harga istimewa bagi model Myvi 1.5 dengan penjimatan sehingga RM3,650 untuk Myvi 1.5SE dan RM3,800 untuk varian Advance bermula esok (7 Mei) sehingga 5 Julai. Selain itu versi Advance akan turut ditawarkan dengan warna dua-tona, kombinasi Metallic Ebony Black dan Electric Blue, yang dijual pada harga RM55,118.00 seunit.

“Perodua Myvi masih kekal sebagai model terlaris kami dan kempen khas ini bakal membantu rakyat Malaysian untuk meraikannya. Sebagai tanda terima kasih, kami memberikan nilai yang terbaik buat semua,” kata Presiden & CEO Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh said.

Perodua turut merasionalisasikan varian Myvi dan varian semasa 1.3L Premium X (AT) dan Premium XS (AT) akan dimansuhkan. Sebagai tambahan, Perodua turut memperkenalkan alat ganti tulen alternatif dengan harga mampu milik yang dikenali dengan ProGanti.

Alat ganti tulen ProGanti telah diuji dan akan diedarkan oleh Perodua serta diberi jaminan selama enam bulan. Buat masa ini hanya enam komponen diperkenalkan dan akan ditambah kepada 30 menjelang hujung tahun.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi dan melihat lebih dekat varian baharu Myvi sila kunjugi hari terbuka ‘Riuh Bersama Perodua’ pada hujung minggu ini mulai dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Pelbagai acara menarik serta tawaran hebat menanti dan pemilik Myvi dan Axia boleh membeli aksesori dengan harga menraik sempena kedatangan Hari Raya nanti.

Harga terbaharu Myvi :

VarianHarga Semasa
Harga Istimewa
Perbezaan
1.3LStandard (MT) – SolidRM 40,862.16KekalN/A
Standard (AT) – SolidRM 43,862.15KekalN/A
1.5LSE (MT)RM50,368.50RM46,568.00RM3,800.50
SE (AT)RM53,368.50RM49,568.00RM3,800.50
Advance (AT)RM58,368.50RM54,718.00RM3,650.50
Advance (AT) 2-tonaN/ARM55,118.00N/A

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

Myvi Advance_Two Tone_Rear 1 Myvi Advance_Two Tone_Front 1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments

Leave a Reply