ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Tweckbot kembali lagi sempena Hari Krismas

Views

Sempena menyambut kedatangan Hari Natal dan Tahun Baharu, Perodua menawarkan pemeriksaan 50-titik percuma yang merupakan sebahagian daripada program Tweckbot bagi memastikan kenderaan Perodua sentiasa dalam keadaan baik untuk perjalanan jauh. Perodua Tweckbot merupakan perkhidmatan kenderaan bergerak yang memeriksa kenderaan Perodua di beberapa lokasi terpilih sepanjang musim perayaan.

Ini merupakan program Tweckbot yang keempat untuk tahun 2017, dengan hampir 5,000 unit kenderaan telah diperiksa sejak program ini bermula sejak 2011. Pasukan tersebut akan berada di Giant Hypermarket di Kota Damansara minggu ini (15-17 Disember, 10 pagi-5 petang). Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata Perodua Tweckbot mewakili komitmen syarikat untuk memberrikan pelanggan produk dan perkhidmatan yang terbaik.

Pemeriksaan 50-titik ini merangkumi enjin, transmisi, cecair penyejuk (takat cecair penyejuk, kipas dan suhu) brek (bendalir dan kehausan pad), stereng kuasa, klac, tayar, suspensi dan elektrikal (bateri, lampu dan air), setiap pemeriksaan mengambil masa antara 10-15 minit. Selain itu diskaun 20 peratus untuk alat ganti dan aksesori akan diberikan kepada semua kenderaan yang dihantar ke cawangan dan pengedar Perodua (mengikut terma dan syarat).

Perodua Tweckbot bermula sebagai perkhidmatan berasaskan Twitter (Twitter + pemeriksaan + robot) yang menawarkan pemeriksaan percuma di beberapa lokasi dan masa yang terpilih. Ia kemudiannya berkembang kepada medium yang lain seperti Facebook dan media tradisional untuk menjangkau lebih ramai lagi pengguna kenderaan Perodua. Datuk (Dr) Aminar mewakili pihak Perodua mengucapkan Selamat Hari Krismas, selamat bercuti dan Selamat Tahun Baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply