ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Tweckbot kembali sempena perayaan Deepavali

Views

Sempena kedatangan perayaan Deepavali yang akan disambut tidak lama lagi, pasukan Perodua Tweckbot telah kembali untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan 50-titik percuma untuk pelanggan di Taiping, Perak baru baru ini. Sejak program ini dilancarkan bermula dari 2011, pasukan Perodua Tweckbot telah memeriksa hampir 4,000 kenderaan dan akan terus meningkatkan jumlah tersebut demi memastikan ketenangan fikiran para pelanggan yang pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan.

“Kami berterima kasih kepada pelanggan yang mengambil bahagian dalam program Tanggungjawab Korporat ini dan mendoakan agar mereka selamat memandu untuk bertemu dengan orang yang tersayang. Perodua mengucapkan Selamat Hari Deepavali!.” kata Presiden dan CEO Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh

Pemeriksaan 50-titik percuma ini merangkumi pemeriksaan enjin, transmisi, sistem penyejukan (termasuk takat penyejuk, kipas dan suhu), pemeriksaan sistem brek (termasuk bendalir dan kehausan brek pad), sistem stereng kuasa, sistem klac, pemeriksaan tayar, suspensi, sistem elektrikal (termasuk bateri, lampu dan air) dan diagnosis enjin.

Perodua turut menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus untuk alat ganti dan aksesori kepada pelanggan yang mengambil bahagian dalam program ini (tertakluk kepada terma dan syarat). Semasa menunggu kereta diperiksa, pelanggan juga boleh mendaftar sebagai ahli program UFirst Perodua yang menawarkan tawaran menarik yang turut memberi makluman kepada promosi dan aktiviti terkini dari Perodua. Ahli adalah digalakkan untuk merujuk kepada laman sesawang rasmi www.ufirst.com.my dan juga melalui aplikasi mudah alih di Play Store atau App Store.

KLIK UNTUK BESARKAN

img_6474 img_9236 img_9238

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply