ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pertandingan Servis Lepas Jualan Proton 2018 cungkil bakal dan uji kemahiran kakitangan servis

Views

Buat julung kalinya Pertandingan Servis Lepas Jualan Proton 2018 bakal berlangsung bermula dari 20 Julai hingga 19 Ogos 2018 akan melibatkan ratusan kakitangan lepas jualan dari pelbagai cawangan pengedar. Selain menguji kemahiran, kepantasan dan ketepatan mereka dalam bidang kepakaran masing-masing, pertandingan ini juga adalah sebahagian daripada inisiatif pengurusan bakat Proton.

Dilihat sebagai salah satu landasan untuk semua kakitangan lepas jualan di seluruh negara mempamerkan kebolehan dan kualiti kerja mereka dalam mengendalikan kereta-kereta pelanggan, pertandingan ini menawarkan lawatan insentif dan hadiah wang tunai bernilai RM50,000 kepada para pemenang.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa berkata, pertandingan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Proton untuk meningkatkan kemahiran jurutekniknya bagi memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan dan juga memberikan ganjaran kepada mereka yang mempamerkan kebolehan yang hebat.

Pemenang akan diberi ganjaran iaitu lawatan insentif ke Shanghai, China, di mana mereka berpeluang untuk melangkah kaki ke ibu pejabat dan Pusat Penyelidikan Geely. Lawatan ini secara tidak langsung akan membuka mata juruteknik tempatan Proton untuk meneroka dengan lebih mendalam tentang keupayaan Geely dalam mereka bentuk dan membangunkan kenderaan yang lengkap.

JOM BACA >> TIPS : Cara Nak Elakkan ‘Mabuk Kereta’

Perkhidmatan lepas jualan yang hebat adalah kunci utama untuk mengekalkan pelanggan sedia ada serta menarik para pelanggan baharu. Apabila syarikat mampu menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan, secara tidak langsung turut dapat meningkatkan kesetiaan pelanggan dan mendapat manfaat dari situ apabila mereka berkongsi pengalaman bersama kenalan mereka. Juruteknik atau mekanik memainkan peranan penting dalam memastikan perkara ini berlaku.

Sepanjang pertandingan, juruteknik akan bersaing antara satu sama lain, membantu meningkatkan tahap kemahiran mereka. Secara tidak langsung, ini membantu membina kualiti servis lepas jualan Proton dan membawanya ke tahap yang lebih tinggi agar setaraf dengan standard antarabangsa.

Di peringkat daerah, para peserta akan diberi tugas Membaik Pulih Enjin di mana mereka dikehendaki membuka dan memasang semula enjin Proton VVT dalam masa tiga jam. Mereka akan dinilai berdasarkan kelajuan, ketepatan dan kecekapan penyelesaian masalah sepanjang proses tersebut.

Dengan peningkatan jualan dan kualiti pada setiap bulan, Proton yakin berada di landasan yang betul untuk terus maju. Produk dengan kualiti yang baik membenarkan syarikat menjual lebih banyak kereta. Namun, servis yang baik adalah perlu untuk Proton mengekalkan serta meningkatkan bilangan pelanggan. Proton kini sedang berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.

JOM BACA >> TIPS : 5 Benda Yang Boleh Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta!<

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply