ARKIB

KATEGORI

Buletin

Petronas bakal bina stesen petrol di kawasan kampus

Views

Baru-baru ini TheStar Online melaporkan Petronas Dagangan Bhd akan melabur RM50 juta untuk membina stesen petrol di dalam kawasan kampus di lima buah universiti. Menurut pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir pembinaan stesen tersebut adalah untuk membangunkan kemahiran keusahawanan di kalangan pelajar universiti dan untuk memupuk perniagaan permulaan di kalangan belia.

Syed Zainal Abidin berkata, beliau telah melihat ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran keusahawanan tetapi tidak mempunyai platform yang betul. Jadi Petronas akan menyediakan perhubungan dan pelajar universiti sebenarnya adalah kreatif. Beliau berkata demikian kepada media selepas menandatangani memorandum persefahaman dengan lima buah universiti.

Antara universiti yang terlibat termasuklah Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Univer­siti Tunku Abdul Rahman dan Universiti Teknologi Petronas. Tambah Syed Zainal Abidin lagi, setiap universiti akan mempunyai satu stesen minyak di kampusnya, dengan kos antara RM5 juta dan RM10 juta setiap satu.

JOM BACA >> INTIP : Tun Mahathir diberi taklimat mengenai Geely Emgrand GS – Bakal jadi model terbaharu Proton ke?

Pembinaan stesen minyak tersebut akan memakan masa setahun atau paling lama sehingga 18 bulan. Stesen-stesen ini akan diuruskan oleh pihak universiti dan mereka boleh menggunakan ruang dengan menjalankan perniagaan mereka sendiri. Pada dasarnya ia akan dijalankan dan diuruskan oleh para pelajar.

Apabila ditanya sama ada terdapat peluang untuk pelajar dari universiti-universiti ini bekerja dengan Petronas, Syed Zainal Abidin berkata apabila ada bakat yang baik, syarikat sudah pasti akan mengambil mereka bekerja dan ini adalah situasi menang-menang untuk semua. Menggelarkannya sebagai perkongsian pintar, beliau berkata peluang itu terbuka kepada universiti lain untuk menyertai kerjasama itu pada masa akan datang.

Sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat, beliau berkata Petronas berasa terdorong untuk menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat keusahawanan. Menteri Pelajaran Dr Maszlee Malik yang menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu berkata inisiatif untuk membina permulaan adalah selaras dengan rancangan kerajaan untuk memajukan ekonomi digital negara.

Beliau berkata, kepentingan untuk mempunyai minda keusahawanan akan direalisasikan melalui inisiatif ini. Program keusahawanan pelajar dan latihan yang akan dijalankan akan meningkatkan kebolehpasaran mereka kerana ia mendedahkan pelajar kepada persekitaran kerja yang sebenar.

JOM BACA >> Iklan acah kedua SUV Perodua (D38L) – Bentuk jeriji mula kelihatan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply