ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peugeot bawa arca singa gergasi ke Geneva

Views

Biasanya bila sebut Geneva Motor Show sudah pasti kita akan bayangkan lambakan kereta dan perkara yang berkaitan dengan automobil. Namun untuk edisi kali ini, Peugeot membawakan satu kejutan dan ia tiada kaitan langsung dengan kereta. Pengeluar kereta dari Perancis itu bakal membawakan sebuah arca singa gergasi ke acara tersebut.

Arca tersebut direka oleh studio rekabentuk Peugeot yang mewakili lencana jenama tersebut. Monumen tersebut mempunyai ketinggian 15.7 kaki dan 41 kaki panjang. Ia merupakan projek terbaharu dari Peugeot Design Lab, salah satu cabang PSA Group yang mempamerkan kemahiran mereka selain automotif. Sebelum ini studio tersebut pernah mengeluarkan rekaan set sofa, papan luncur, helikopter dan basikal elektrik.

Hasil karya terbaharu dari Peugeot bakal dipertontonkan di Geneva Motor Show bulan depan dan ia akan berdiri di pentas yang sama dengan model baharu 508 sedan dan mungkin van komersil Partner serta kembarnya Citroen Berlingo. Agak mendukacitkan, Opel yang baharu sahaja dimiliki oleh PSA tidak akan menyertai acara tersebut disebabkan tiada apa yang boleh dipamerkan nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply