ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Bayu – Gambaran SUV pertama Proton rekaan Saharuddin Busri

Views

Kita sudah mengetahui Geely telah menjadi Rakan Strategik Asing baharu Proton, dan bakal menghasilkan sebuah SUV yang berasaskan model Geely Boyue (sebutan Bo Yuwei). Dalam artikel sebelum ini kita sudah mengetahui serba sedikit mengenai SUV tersebut dan kali ini tibalah masanya untuk kami memuatnaik gambaran SUV pertama Proton itu hasil rekaan Saharudin Busri. Nama beliau sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sebelum ini beberapa hasil karyanya telah tular di laman maya. Antara yang paling hangat adalah rekaan 3D Proton Suprima S facelift dan Proton Suprima X (crossover).

BACA >> Kenali Saharudin Busri – Pencetus ilham rekabentuk Suprima-X

Tujuan beliau membuat illustrasi digital ini hanyalah untuk latihan rekabentuk dengan menggunakan peranti Microsoft Surface Pro yang baharu diperolehi oleh Pusat Rekabentuk MIMOS. Selain itu, sebagai seorang Pereka Automotif, beliau ingin meluahkan ideanya demi memastikan rekabentuk SUV ini lebih futuristik, diminati oleh rakyat Malaysia, dan bertaraf dunia. Matlamat utama rekabentuk Bayu ini sudah semestinya untuk membezakan model ini dengan model asalnya Geely Boyue, walaupun dengan perubahan yang minima.

Sebenarnya, nama Proton Bayu dilhamkan oleh Editor kami, Shamsul Yunus minggu lepas untuk menggantikan nama Boyue. Diinspirasikan oleh Bayu (Wind), pembangunan karektor bayu atau angin diolah dengan elemen logam berkrom yang dibentuk keseluruh badan. Elemen utama adalah pada garisan krom pada tingkap atas yang bersambung dari spoiler hingga ke cermin sisi. Garisan karektor utama ini akan menampakkan bumbung yang lebih rendah serta menyerlahkan penampilannya yang lebih moden dan sporty.

Rekabentuk Bayu masih mengekalkan DNA sayap Proton di bahagian hadapan dan juga garisan krom yang melintang di belakang. Jeriji hadapan direka supaya kelihatan lebih besar untuk menghasilkan imej yang lebih mantap dan juga berkesinambungan dengan rekaan Suprima X sebelum ini.

BACA >> Geely Boyue – Bakal SUV pertama Proton?

Satu lagi kelainan pada Bayu adalah penggunaan warna badan dua-tona untuk ia tampil berbeza dari model asal selain nampak lebih sporty dan elegan. Selain intu, rekaan rim aloi yang berbentuk bilah juga mendapat inspirasi daripada elemen angin atau bayu. Apa pendapat anda mengenai rekaan ini?

Kalau anda ingin bersahabat dan melihat hasil karya Saharuddin Busri yang lain kami cadangkan anda ikut beliau di Facebook Saharudin Busri dan Instagram Saharudin Busri

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply