ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton dan Lotus bakal bercerai atau bermadu?

Views

Artikel oleh Shamsul Yunos

Akhbar The Star melaporkan bahawa ada kemungkinan yang Proton dan Lotus akan mendapat dua Rakan Strategik Asing (Foreign Strategic Partner – FSP) yang berbeza. Proton dikatakan akan berkongsi dengan kumpulan PSA ataupun Peugeot-Citroen manakala Lotus pula mungkin akan diberikan nafas baru melalui Geely.

Sejauh manakah laporan ini boleh dipakai dan apakah sebab yang menjadikannya satu kemungkinan yang boleh menjadi realiti?

Pertama sekali kita boleh mengimbau bahawa PSA adalah antara nama terawal yang disebut meminati Proton, kemudian ura ura bahawa syarikat automotif China, Geely pula menaruh keinginan untuk menjadi rakan kongsi Proton. Apabila laporan mengenai kemungkinan Geely akan membeli Proton diterbitkan di China, saham syarikat tersebut dikatakan telah melonjak tinggi, menunjukkan pelabur China menaruh minat positif yang agak kuat terhadap perkembangan tersebut.

Sememangnya di kalangan media automotif di Malaysia, ada juga yang tertanya-tanya apakah yang boleh ditawarkan oleh Geely kepada Proton selain lambakan wang yang banyak kerana syarikat tersebut tidak terkenal dengan teknologi mahupun jenama yang kukuh di persada dunia. Spekulasi awal meneka bahawa Geely mungkin berkenan dengan kilang besar Proton di Tanjung Malim untuk dijadikan batu loncatan ke pasaran Asia Tenggara.

Sekilas pandang ini merupakan satu cadangan yang agak menarik dan mungkin boleh diterima tetapi apabila kita lihat pada hakikat pasaran automotive serantau, Indonesia dan Thailand merupakan pangkalan pengilangan yang lebih kompetitif dari segi kos tenaga kerja mahupun komponen ini kerana pasaran dalaman kedua dua negara tersebut adalah jauh lebih besar dari Malaysia dan mereka mampu menawarkan skala ekonomi yang lebih mengujakan.

Buat masa kini, belum ada lagi kilang automotif tempatan yang boleh mengeksport dengan kompetitif tanpa bantuan pelepasan cukai ataupun bantuan secara lain dari kerajaan. Ada juga suara suara yang mengatakan bahawa Geely sememangnya lebih berminat untuk memiliki Lotus dan sekiranya perlu mereka sanggup membeli Proton sekaligus. Walaupun mungkin dianggap sebagai satu spekulasi yang pelik, namun ianya selari dengan gerakan syarikat China yang gemar mengumpul jenama prestij, terutamanya yang sedang mengalami kesempitan.

Ianya mungkin strategi pelaburan jangka panjang yang menarik untuk syarikat gergasi China yang memiliki lebihan kewangan yang mewah. Pada pendapat kami Proton masih merupakan satu pelaburan yang menarik walaupun ianya dibeli secara menyeluruh bersama Lotus, namun DRB-Hicom sebagai pemilik tunggal Proton, dan sekaligus Lotus mempunyai pilihan untuk memilih dua FSP berbeza untuk syarikat syarikat tersebut.

Bagaimanapun sekiranya inilah rancangannya, DRB-Hicom dijangka akan terpaksa membeli Lotus sepenuhnya dari Proton sebelum dijodohkan dengan Geely kerana jika tidak, Lotus juga akan dimiliki sebahagiannya oleh FSP yang berkongsi Proton. Ini merupakan satu strategi yang menarik kerana ia mengurangkan beban kewangan keatas kedua dua FSP yang terpilih dan memberi Proton dan Lotus lebih ruang untuk berkembang tanpa terikat secara kewangan mahupun arah tuju.

Dimana FSP yang diterima untuk Proton mungkin lebih fokus kepada pembangunan jenama entry-level, FSP Lotus boleh memikirkan cara untuk menjadikannya jenama unggul di pasaran mewah. Jika kita lihat dari aspek penglibatan Geely dengan jenam automotif terkenal dari Sweden, Volvo, jelas bahawa konglomerat China tersebut selesa menjadi pelabur sambil memberi autonomi kepada jenama yang dibeli.

Sejak dibeli Geely, Volvo dikatakan telah membelanjakan 90 bilion Swedish Krona untuk menghasilkan platform modular yang digelar Scalable Product Architecture (SPA) yang sudah diserlahkan sebagai model SUV keluarga XC90 dan sedan mewah S90. Kedua dua model ini telah menerima pujian dari media antarabangsa dari segi rekabentuk dan kehalusan pembuatan.

Jika dibandingkan antara Lotus dan Proton, dunia sudah tentu mengaggap bahawa Lotus adalah lebih maju dari segi kejuruteraan kerana ianya merupakan salah satu syarikat konsultan penting dalam industry automotif dan sebelum ini mereka telah membentangkan satu pelan menarik untuk melancarkan lima model dalam tempoh lima tahun. Namun cita cita tersebut masih kekal sebagai cita cita kerana dana sudah kering dan angka jualan meningkat selaju kura kura.

Lotus memerlukan pelaburan yang besar untuk membolehkannya menjadi satu jenama bertaraf dunia dan Geely boleh menjadi Abang Long yang memberikannya ruang tersebut. Pada masa yang sama DRB-Hicom juga boleh mencari FSP yang kedua untuk Proton, satu rakan yang boleh menawarkan teknologi, keupayaan pengurusan dan juga kefahaman pasaran global dan PSA merupakan satu pilihan yang agak menarik.

Yang lebih menarik, PSA dikatakan sedang berbincang dengan General Motors untuk membeli Opel dan Vauxhall dari gergasi tersebut. Opel dan Vauxhall adalah jenama arus perdana di Jerman dan Britain dan kedua dua jenama tersebut mempunyai tarikan agak terhad di luar negara asal masing masing tetapi mempunyai kekuatan dari segi kejuruteraan dan rekabentuk, terutamanya untuk kenderaan keluarga dan kompak.

Sekiranya PSA membeli Proton dan pada masa yang sama dapat mempunyai cukup wang untuk membeli dia jenama Eropah tersebut, Proton akan menjadi sebahagian dari syarikat automotif sepuluh teratas di dunia. Seperti yang kita pernah nyatakan sebelum ini, PSA tidak mempunyai kekuatan di pasaran Asia Tenggara dan Proton boleh menjadi jenama yang digunakan untuk menarik pembeli dari rantau ini.

Namun saya agak skeptikal dengan keupayaan PSA untuk membimbing Proton kerana mereka tidak arif tentang pasaran entry-level yang menjadi periuk nasi Proton. Walaupun PSA mempunyai model entry level namun ianya adalah untuk pasaran Eropah yang sudah matang. Yang bagusnya, PSA kini sudah mula menghasilkan kenderaan yang lebih berperisa arus perdana dan tidak lagi memberikan focus kepada karektor Perancis yang begitu dominan dalam rekabentuk dan juga arah tuju kejuruteraan mereka.

Apa pun, kami berpendapat PSA adalah rakan kongsi yang lebih tepat untuk Proton berbanding dengan Geely dan sebaliknya untuk Lotus. Bisikan nama Renault sudah tidak kedengaran buat masa kini jadi mungkin kita boleh mengagak samada Renault telah menarik diri ataupun mereka tidak menawarkan bidaan yang menarik kepada DRB-Hicom.

KLIK UNTUK BESARKAN

Print

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

10 Comments


  • BEIJING: Chinese automaker Zhejiang Geely Holding Group Co is expected to bid as early as this week for a strategic partnership with struggling Malaysian car maker Proton Holdings Bhd, two people familiar with the bidding process told Reuters.

    As part of its pitch following discussions with Proton’s owner, Malaysian conglomerate DRB-Hicom Bhd, Hangzhou-based Geely, which owns Sweden’s Volvo Car Group, is expected to offer Proton some of the latest vehicle technologies it has developed with Volvo’s input.

    Read more at http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/02/20/chinas-geely-to-bid-for-proton-soon—sources/#60EDwXuOAzjCsgOg.99

    Renault tidak meneruskan hasrat sebab nak jaga kepentingan Tan Chong. Tan Chong on behalf Renault-Nissan Alliance dah melabur banyak termasuk buka kilang Nissan di Myanmar.

    Kalau ditilik berita Reuters di atas, maknanya akan berlaku pertukaran teknologi antara Proton dan Volvo jika geely berjaya beli Proton. Saya rasa ini strategi Geely nak menguasai pasaran Asia Tenggara terutamanya kereta cc bersesaran 1.6 ke bawah pemanduan sebelah kanan.


  • dari segi imej, persepsi, teknologi, perancangan jangka masa singkat dan panjang, saya harap DRB pilih PSA Groupe..teknologi dari line up Peugeot & Citroen lebih sesuai utk diadun dengan model Proton – mass production car.

    Geely hanya menjanjikan ‘cash’ yang banyak, tapi bukan imej dan penjenamaan – tengok saja persepsi kebanyakkan netizen bila berita Geely dari China akan menjadi FSP Proton. Kemungkinan teknologi Volvo akan dikongsi dengan Proton hanya kemungkinan saja, dan secara jujurnya jenama Volvo tidak in-line dgn bisnes model Proton (Volvo menjurus kepada high-end model dengan teknologi keselamatan yang terlalu maju untuk kereta rakyat marhean (mass production) dan pasaran Asia Tenggara.

    PSA boleh jadikan jenama Proton sebagai low-end brand khusus untuk tackle pasaran membangun ASEAN dan Asia, seperti VW buat pada Skoda, dan Renult buat pada Nissan dan Datsun.

    Perkara yg ideal untuk DRB ialah kongsi Lotus dengan Geely, supaya Lotus boleh ambil teknologi Volvo untuk model2 akan datang (Volvo pun boleh bina sports car paling selamat di dunia), serta menembusi market China dengan lebih agresif.
    Bekongsi Proton dengan PSA supaya jenama Proton lebih kuat sebagai pemain dikawasan Asia, dan ambil teknologi production PSA untuk manfaat kilang tanjung malim.


  • Mungkin …
    Proton dgn PSA.
    Lotus dgn Geely.

    Tp DRB kena beli Lotus drpd Proton dulu. Hahaha…

    Sbb Geely ada duit lebih drpd 3.2b dan X ada teknologi sgt. Style Geely, X mahu kacau apa yg Volvo buat. Volvo dah belanje byk duit Geely.

    PSA X minat Lotus. Minat dgn Proton sbb nak masuk ASEAN. Target nak Proton jual 2m drpd 150k
    Tp kecoh PSA psl Opel & Vauxhall sekarang..


  • Saya tak setuju PSA ambil alih Proton. Sebabnya teknologi yang kita akan dapat yang continental. Tengok saja Savvy dan Tiara dulu. Renault dengan Citroen kan. Waja 1.8 pun sama. Spare part pun mahal sangat nanti.


  • Lepas dapat tau Proton akan dijual kpd Geely / PSA saya mmg dh kecewa sampai x mau post komen. Saya sokong Proton sebab Proton syarikat kepunyaan rakyat Malaysia. Kalau dh jual pada orang asing, majoritiy ke minority ke, dh jadi mcm Perodua. Tapi kritik pun x guna, nasi dh hampir jadi bubur.

    Pada pendapat saya, kalau betul-betul perlu (bagi saya mmg x perlu) jual Proton kpd syarikat asing – calon yg paling sesuai adalah Renault. Geely dan PSA dua-dua x sesuai. Tapi nampaknya Renault dh terkeluar dari senarai calon.

    Kenapa Renault? Satu jawapan: Pengurusan.

    Saya dh komen berkali-kali masalah Proton adalah masalah pengurusan, bukan teknikal, bukan rekaan. Tak kira berapa banyak duit bagi Proton, jikalaupun bagi semua teknologi Jepun dan Jerman kpd Proton pun x guna kalau pengurusan Proton kekal di tangan pihak pengurusan yg teruk. ‘A good salesman can sell a fridge to an Eskimo’. Mana ‘good salesman’ Proton? Adakah kereta Perodua betul-betul kualiti lebih banding Proton? Atau Perodua / Toyota pandai jual kereta? Ini ‘common sense’ lah. Budak tiga tahun pun faham tapi DRB dan kerajaan x faham / x ingin faham / x peduli sebab politik. Klu apa-apa organisasi ada problem, jgn salahkan pekerja (teknikal kah, rekaan kah itu salahkan engineer dan En Azlan); klu negara problem, adakah mau salahkan penjawat awam yg bergaji 2-3 ribu sebulan kah? Masalah pengurusan adalah kritikal di Proton (dan mana-mana GLC – tgk MAS berapa kali diselamatkan tengelam juga; MAS – Air Asia; Proton – Perodua, persamaan?). Mengelakkan masalah kritikal ini, dan sebaliknya salahkan kpd teknikal, pasaran tempatan kecil dan sebagainya akan menjamin Proton akan terus kalah sampai dihapuskan. Ini umpama tangan cedera tapi ubat kaki – akan terus berdarah.

    Jadi kenapa Renault dan bukan Geely / PSA? Sebab Renault ada Carlos Ghosn (dan juga pengurusan mantap hasil usaha Carlos Ghosn). Carlos Ghosn dan terkenal membangkitkan Renault, justeru mengembalikan Nissan kpd jenama mashyur, dan skrg Mitsubishi. Ini adalah pengurusan yg terbukti *berjaya*. Adakah yg sama boleh dikatakan tentang Geely / PSA (atau DRB)?

    Geely: syarikat kereta kecil (bukan gergasi) China – Geely beli Volvo dgn duit kerajaan China (mcm Proton beli Lotus). Jualan (excl Volvo) hampir 800,000, belum sampai satu juta, di pasaran China yg ‘volume’ 23 juta setahun. Kalau tambah Volvo pun belum sampai dua juta. Geely sendiri adalah syarikat yg dlm kesusahan – berapa kereta Geely dijual di negara kita? Syarikat China lain dh masuk pasaran sini, mana Geely? Peratus peningkatan jualannya dh turun bertahun-tahun. Proton masih tempat kedua di Malaysia, Geely x tau tempat keberapa di China sebab terlalu kecil. Maksudnya pengurusan Geely mmg xdpt diharapkan. Teknologi Proton confirm menang. Adakah Geely akan kongsi teknologi Volvo dgn Proton? Mimpilah. Adakah Geely akan kongsi pasaran China dgn Proton? Tgk jualan Geely di atas.

    PSA: Syarikat Perancis yg jualannya belum sampai 3 juta setahun. Renault pernah membuat satu kajian pada masa mereka ambil-alih Nissan: syarikat kereta yg jualan kurang 4 juta setahun x akan dpt kekal syarikat ‘independent’. Jadi PSA antara syarikat dlm kategori ini (klu tambah Opel Vauxhall pun +0.9 juta sj). Dan sememangnya PSA dlm kesusahan kewangan sebab jualan x naik. Itu sebabnya PSA dh jual sebahagian dirinya (sepertimana yg akan berlaku pd Proton) kpd DongFeng (ya, syarikat China lagi). Yg lain x perlu cakaplah. Adakah siapa-siapa mau Proton berkahwin dgn syarikat ini yg juga ada masalah pengurusan? Janganlah.

    DRB: sebuah ‘conglomerate’ besar negara kita. Untung banyak juga (sebelum Proton). Jadi adakah ini syarikat yg sesuai utk uruskan Proton (andaikan pengurusan masih dlm tangan DRB lepas jualan saham Proton)? DRB adalah sebuah GLC yg x ada pengalaman persaingan dlm sektor swasta (sebenarnya semua GLC sama juga – klu disaing syarikat swasta terus tengelam). Semua anak syarikat DRB yg untung banyak berada dlm sektor yg langsung tiada persaingan. Pos Malaysia? Tiada. Honda Malaysia? Tiada (mana ada syarikat lain blh jual kereta Honda kecuali DRB). Puspakom? Pengurusan DRB lebih kurang macam pengurusan Proton – langsung tiada pengalaman bersaing dgn syarikat swasta (Proton ada pengalaman, dan hasil pengalaman itu – kalah teruk pada tangan Perodua / Toyota). Mengharapkan DRB selamatkan Proton mcm mengharapkan dua ekor ikan atas darat utk selamatkan satu sama lain.

    Renault – Nissan – Mitsubishi Alliance: Di antara tiga ini, Proton dh pernah bekerjasama dgn *semua* mereka. Renault: enjin Waja dan Savvy, Nissan: Jatco, Mitsubishi: kekasih lama. Dari segi teknologi, x perlu cakap lah. Dari segi rangkaian jualan *antarabangsa*, x perlu cakap juga – setiap bandar besar negara kita ada Nissan dan Mitsubishi (adakah yg sama blh dicakap ttg Geely dan PSA?) Tapi bagi saya, yg paling penting, adalah *dedikasi* pengurusan Renault. Kalau Carlos Ghosn berminat pada Proton (pada fasa awal) maksudnya dia ada pelan / strategi yg kukuh (walaupun saya x tau apa pelan dia – bagi saya Proton hanya ada Tj Malim yg berharga – sebab itu saya ckp x boleh jual Proton kpd syarikat luar – mesti ‘Win-Lose’). Tapi memandangkan org ini Carlos Ghosn, saya yakin sikit, sebab dia belum pernah tutupkan apa-apa syarikat yg diambil-alih dia, sebaliknya kita semua tau hasil penglibatannya. Tapi En Carlos ada satu ‘habit’ yg mesti x disukai kerajaan Malaysia – dan justeru Renault hilang minat: En Carlos terkenal sebagai ‘cost-cutter’. Dia pernah dikritik di Perancis. Tapi, seperti yg saya komen sebelum ini, tanpa ‘cost-cutting’ syarikat dlm kesusahan kewangan x mungkin kembali untung – x kira berapa banyak duit dan teknologi dipamkan masuk. Sebab ‘cost-cutting’ bukan sj pasal isu duit, tapi ‘efficiency’ keseluruhan syarikat tersebut. Proton akan menjadi ‘lean and mean’ – sebuah syarikat yg mampu bersaing dgn sesiapa pun – x mcm skrg – sepuluh tahun utk keluarkan pesaing Myvi. Tapi pihak kerajaan mana mau org mcm ini masuk Proton (klu Renault ambil-alih, walaupun share minoriti, En Carlos mesti ingin melantik CEO Proton – dia x akan bagi DRB menguruskan Proton – mmg terbukti org-org DRB dh gagal). Kerajaan mana mau beribu pekerja Proton dilucutkan jawatan, tambahan pula, Renault akan melantik pembekal baru – jadi banyak pembekal yg diguna Proton skrg akan dibuang, mestilah ahli politik yg kawal syarikat pembekal ini bantah. Jadi, calon Proton terbaik terkeluar.

    Jadi, adakah Proton tiada harapan? Memandangkan keadaan skrg, mmg Proton menjejak langkah Holden – yg hari ini tinggal tin kosong. Kan logo Proton pun semakin mcm logo Holden. Holden mula-mula ada membangunkan kereta sendiri, lepas dimakan GM pula ‘rebadge’ kereta kumpulan GM, akhirnya hari ini tinggal nama sj.

    *****Samada Proton dimakan org Perancis (PSA) atau org China (Geely), bagi saya sama, Geely dan PSA bukan calon yg sesuai. Saya x suka syarikat-syarikat ini dan x setuju dgn penjualan Proton. X kira mcm mana pihak kerajaan memutar-belitkan ‘kerjasama’ ini, ini adalah satu keputusan politik dan bukan utk kebaikan Proton dan pekerja-pekerjanya. Pekerja Proton akan mendapat manfaat jangka pendek (x dilucutkan jawatan) tapi akhirnya apabila Proton tenggelam siapa yg masih di Proton masa itu akan hilang kerja. Projek Proton adalah sebuah usaha berpotensi tapi dihancurkan oleh politik dan sikap tamak org-org yg terlibat.

    Kesimpulannya, tiada syarikat kereta yg diambil-alih syarikat luar akan maju. Cuba namakan sebuah syarikat mcm tu. Ada? Tiada. Jgn contohkan Nissan; syarikat dh terkenal sebelum diambil Renault. Klu Proton bernasib baik, mungkin dia akan jadi mcm Perodua, SEAT, Skoda – ambil kereta syarikat induknya, ubahsuai sikit dan letak jenama sendiri. Tapi takkan ada model original dari Proton lagi.

    ——–

    Tapi, belum habis cakap, mungkin ada “silver lining” dlm kesusahan Proton ini. “Silver lining” itu adalah seperti yg dicakap tadi, kedua-dua syarikat calon iaitu Geely dan PSA adalah syarikat kecil – Geely (dgn Volvo) < dua juta; PSA < tiga juta. Jadi, ada mungkin dua syarikat ini akan dimakan syarikat besar yg lain satu hari. Syarikat besar tu mungkin tak minat Proton, dan pada masa itu, mungkin peluang utk org Malaysia (bukan DRB) beli kembali Proton.


    • saya pohon tuan tulis petisyen dan hantar pada DRB, PM/kerajaan sebelum Proton jadi Holden.

      Proton dah tersepit…dah tak boleh pilih siapa yg nak tolong…
      projek yang asalnya bertujuan nak boost ekonomi negara, sekarang dah jadi bebanan ekonomi…

      kepada rakyat yg betul2 dan kononya sayang Proton, jadikan Proton pilihan automatik setiap kali nak beli atau bertukar kereta. jangan kat mulut saja cakap sayang, maruah..

      majoriti rakyat tak pernah benci Proton tapi Proton yang sejak dulu tak pernah kesiankan pelanggan-nya…


      • Saya faham perasaan tuan. Saya rasa banyak rakyat Malaysia yg ingin buat petisyen tentang Proton, tapi mereka faham kerajaan negara ini mana peduli. Tambahan lagi, kita mungkin didakwa hasutan sebab kritik ‘niat baik’ kerajaan. Kalau petisyen DRB, x perlulah, CEO DRB hanya dengar cakap pengurus dia – kerajaan Malaysia.

        Seperti yang saya cakap, tolong jgn salahkan Proton. Ini bukan kegagalan pekerja bawahan Proton – bukan salah jurujual, bukan perkhidmatan pelanggan, bukan jurutera, bukan En Azlan Othman – walaupun kita pernah kritik perkhidmatan mereka x bagus, QC x cukup, rekaan pelik dan sebagainya – harus diingati – *Pengurusan Proton* yg uruskan *semua* ini. Kalau pekerja kilang x QC, salahkan CEO Proton; kalau aftersales x bagus, salah CEO Proton; kalau rekaan x cantik, tentulah salah CEO Proton. CEO Protonlah yg bertanggungjawab kpd semua urusan Proton, dia yg letakkan tanda-tangannya pada semua rekaan kereta Proton dan keputusan kejuteraan. Salah siapa kalau bukan salah CEO dan kumpulan eksekutif Proton? Rakyat bukan x mau sokong Proton. Tapi rakyat x mungkin belanjakan duit titik peluh mereka beli kereta yg x memenuhi keperluan mereka (kecuali penyokong ‘fanatik’ seperti saya, ya saya pernah dipanggil ‘fanatik’ Proton). Harus diingati, ini bukan pertandingan tuduh-menuduh – tapi menyelesaikan masalah dari punca masalah tersebut – iaitu pengurusan Proton. Pengurusan Proton harus di-‘overhaul’ dgn pengurus-pengurus yg betul-betul ada kelayakan dan pengalaman mengurus sebuah syarikat kereta. Kerajaan harus memberi sokongan penuh kpd pengurusan baru Proton dan bagi Proton kebebasan utk mereka melantik pembekal yg betul-betul layak. Tapi siapakah yg akan melakukan ‘overhaul’ ini? Satu-satunya calon yg sesuai, Renault, dh terkeluar. Geely dan PSA hanya minat Tj Malim. DRB hanya mau cuci tangan. Jadi?


  • Satu lagi, En Shamsul menulis di atas bahawa syarikat China suka ‘mengumpul’ jenama-jenama prestij dan sebab itu Lotus sesuai dgn Geely. Saya rasa angappan itu kurang tepat. Kalau anda perhatikan pembelian syarikat-syarikat China – kereta atau sektor lain – penekanan diberi kpd teknologi syarikat yg dibeli. Sebab kebanyakan syarikat China (termasuk Geely) membeli-belah syarikat dgn duit kerajaan China – bukan duit mereka sendiri – dan kerajaan China mau syarikat China membangunkan teknologi mereka dgn membeli teknologi org lain.

    Tambahan pula, Geely dh berkata x berminat Lotus. Mereka dh ada Volvo yg ada teknologi kereta sedan – Lotus mana ada teknologi sedan. Setahu saya, setakat ini cuma dua syarikat kereta China yg ada beli syarikat kereta asing – Geely dan DongFeng (melabur dlm PSA). Saya rasa syarikat China lebih realistik drpd pengurusan Proton. Geely beli Volvo dgn volume cukup besar (bagi syarikat kereta mewah), sebaliknya Proton beli Lotus (‘niche player’ dgn volume kecil) dan Augusta (dua-dua jenama prestij). Walau bagaimanapun, seperti yg saya komen di atas, saya x berpendapat pengurusan Geely membuat keputusan yg betul dgn membeli Volvo. Cuba fikir, seperti Proton beli Lotus, mcm mana sebuah syarikat yg kurang berpengalaman mampu mengetuai sebuah syarikat yg lebih berpengalaman? Ingat, Volvo anak syarikat Geely, bukan sebaliknya. Keadaan ini sama dgn Tata – JLR dan Mahindra – Ssangyong. Jadi, apa yg berlaku adalah syarikat yg dibeli ini (Volvo, JLR, Ssangyong) mengambil duit banyak dari syarikat induk baru mereka dan membangun pesat. Sebaliknya, ‘synergy’ atau ‘teknologi transfer’ yg dijanji-janjikan x berlaku. Pendek kata, dlm kes Proton – Lotus, Proton sepatutnya dijadikan anak syarikat Lotus utk menjadi betul-betul satu buah syarikat (bukan dua syarikat dgn dua CEO) yg diketuai oleh pihak yg lebih berpengalaman.

Leave a Reply