ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton perlu ‘Active’kan Iriz dan Suprima S secepat mungkin, setuju atau tidak?

Views

Trend pasaran automotif dunia kini telah berubah dan kebanyakan gergasi automotif dunia kini sedang berlumba-lumba untuk mengeluarkan crossover atau SUV kompak yang semakin mendapat permintaan. Namun segmen ini masih lagi tiada dalam barisan kenderaan keluaran Proton kerana mereka mungkin sedang mengkaji pasaran.

Proton baru baru ini telah mempertontonkan dua model konsep crossover Iriz dan Suprima S Active di My Auto Fest 2016. Jika dilihat pada rekabentuk model Suprima S Active, ia sebenarnya telah bersedia untuk memasuki pasaran.

Jadi, kami ingin mendapatkan respons daripada anda semua, manalah tau Proton berubah fikiran untuk mengkomersilkannya dalam masa terdekat. Nak tunggu bila lagi, asyik model sedan je, sesekali cubalah genre kenderaan yang lain pula kan?

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

13248401_1792386197657822_8540191778762045864_o 1781032_704307382976691_253250014822869782_o

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

10 Comments


  • Proton harus menumpukan kpd identiti rekaan (singnature design) untuk imej dan daya saing jangka panjang. Pengeluar kereta utama dunia teruma dari Jerman sudah lama menggunakan teras rekaan (signature design) dlm menghasilkan produk mereka. Segmen SUV dan small SUV mendapat sambutan pada masa kini (trend) berdasarkan kpd rekaan dan pratikal ruang yang lebih ergonimik. Proton harus menfaatkan kepakaran dlm penghasilan chasis yang kukuh dan pengendalian (handling) berkualiti tinggi, untuk model small SUV proton harus memperkenalkan rekaan baru bukannya membuat perubahan pada model sedia ada (Iriz dan Suprima). Jika dilihat kepada pengeluar kereta terkenal dunia, mereka hanya menggunakan casis yang sama namun rekaan badan diolah sepenuhnya ( Mazda 2 & CX-3, H City & HRV, Audi A3 & Q2). Ini bagi memastikan kelemahan dan ketidak seimbangan pada rekaan seperti Persona R yang direka berdasarkan model hatchback Iriz tidak berulang lagi.


  • Proton Iriz ok kalau nak buat versi Active ok la, tapi Proton Suprima rasanya tak perlu sbb tak lawa kot. Saya cadangkan Proton Suprima tu buat la facelift, lampu depan tue tukar la sikit jadi macam proton tuah ker. bumper depan aggresif sikit. bahagian belakang kira boleh diterima lagi. dashboard proton suprima tolong tukar la. Proton Suprima buat versi R3 yg lebih mengancam. Harap admin Funtasticko boleh sampaikan kat Proton.


  • 1. segerakan pelancaran Saga & Iriz. Percepatkan eksport.
    2. mulakan projek Exora replacement model
    3. jika mahu keluarkan SUV, lebih bagus berasaskan Vitara atau Jimny
    4. upgrade model Preve agar lebih kompetetif dan layak diterima pasaran luar
    5. Active? lupakan dan tumpukan perkara asas i.e. pemasaran luar negara dan kualiti untuk model teras – sedan, kompak dan mpv


  • Iriz Active Dan Suprima Active.. Ketinggian kedua-duanya hampir sama.. Kelebihan kepada Suprima yang lebih lebar Dan gagah.. Perlu perbesar ruang roda, Dan fenders juga perlu lebih lebar supaya boleh memuatkan roda-roda bersaiz 225/65/R17 dan rim-rim 10jj.. Jika di’Active’kan keduanya pastikan pasaran luar negara diutamakan untuk versi Active tersebut..


  • Tak apayah la. Strategi DSZ dulu dah betul dah. keluarkan produk yang orang nak, pada harga yang orang mampu, dan lifecycle facelift setiap 2 tahun Jimat kos, pulangan tinggi. Perodua tu ada 3 je produk dia pun, tapi untung sesaje.


  • Suprima perlu diactivekan.. Suprima dan mercedes GLA suv mempunyai saiz yang hampir sama.. GLA berkongsi platform dengan A-class dan menggunakan enjin 1.6L dan 2.0L turbo enjin yang sama digunakan A-class..

    Suprima Active perlu diproduksikan untuk pasaran luar negara dan tempatan.. Nadi 1.6L CFE sedia ada sudah memadai.. Manakala Nadi 1.5 Turbo GDi yang akan diperkenalkan adalah lebih baik dan sesuai untuk varian Premium..

    Tag harga 60k hingga 90k untuk Suprima Active adalah memadai.. semua varian perlu dilengkapi AWD.. Mercedes GLA bermula dengan harga 240k+ OTR..

    Di atas kertas Suprima lebih panjang dan tinggi sedikit berbanding GLA-class SUV..

Leave a Reply