ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Proton Persona 2016 masih diuji

Views

Sedan kedua keluaran Proton pada tahun ini, Persona 2016 sedang giat menjalani ujian. Kelibatnya telah berjaya dikesan oleh Fadlul Fikry di lebuhraya menghala ke Selatan berhampiran susur keluar ke Rembau. Unit ujian kali ini menggunakan pelekat penyamaran terbaharu berbentuk lingkaran. Nampak seperti ada spoiler kelihatan di bahagian belakangnya.

Menurut maklumat terbaharu yang kami terima, pelancaran model ini akan dibuat pada bulan Ogos. Adakah model ini bakal meneruskan legasi kejayaan Persona yang menjadi antara model terlaris keluaran Proton, kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

foto risikan persona 2016 - 1 foto risikan persona 2016

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

35 Comments


      • Sy pun tngu persona ataupun saga..jgn fully loaded sgt.xperlu pushstart button. Dual vvt pun xperlu.Ckup skadar xde quality issue.
        klu ikutkan nk ambik keta luar..tp faktor harga tidak membenarkn.


  • Kalau Proton boleh offer engine 1.3 Turbo VVT untuk varian model Premium, rasanya boleh laku. Untuk versi Standard dan Executive guna engine 1.6 VVT macam Iriz. Tapi CVT juga kena improve lebih baik dari Iriz. Kalau versi Premium Proton letak rim 16” memang terbaik! Mungkin 50% pembeli akan pilih versi Premium

    Proton tak perlu keluarkan Persona banyak varian, cukup sekadar 3-4 varian je macam Perodua Bezza, Volkswagen Vento, Honda City buat untuk diorang punya marketing. Macam Volkswagen Vento, varian specs paling tinggi guna engine 1.2 TSI turbo.


    • contoh jika 4 varian sahaja :-

      V1 – Varian Standard MT
      V2 – Varian Eksekutif MT
      V3 – Varian Eksekutif AT
      V4 – Varian Premium 7 speed Protronic

      cadangan 3-4 varian boleh dipertimbangkan sebagaimana Perdana hanya ada 2 varian sahaja, Preve hanya ada 3 varian sahaja. Saga dan persona sekarang masing-masing hanya 2 varian sahaja.


  • impossible dok testing lagi
    kalau masih dalam balutan, then boleh confirm ini adalah untuk excite interest

    depan mata aku sendiri ada 2 treler bawak ready product. between 1:20 – 3:00 am dorang berenti dekat Dengkil RnR. no cover at all.

    so aku saspek dah nak dekat dah ni launch. macam week 37-39 lah. anytime dah ni. tapi booking belom open. atau dah open?


  • hmm.. full pic terbaru kan dah ada.. kat blog azelery dah ade full pic persona hitam ngan putih dah pon.. blog ni dah tak macam dulu dah.. tak semangat macam dulu2..


  • bezza 1.3 auto is over rated for its power delivery. i tought it has the power,, but the axia 1.0 manual found more punch. considering the bezza auto sedan, i think 1 will opt for iriz 1.3 cvt. well its not fair to compare sedan to hatch.


  • I Have a very strong feeling that the Nextgen Persona a perfect car for Women as its Design is more to Rounded Styling ie (Art Neuvo) while the Nextgen Saga would be the car for Men as its Design is more to the German (Bahouse) ie Simple is nice and for the Saga’s Rear and Front look are more to (Neo Art) which is something like the new Hyundai Inouq ………

    Sorry Guys just sharing from My point of view


    • Saya sokong…
      Sayang sekali potensi enjin VVT proton tak dpt dikeluarkan oleh CVT Punch ni.
      Gearbox CVT yg sgt mengecewakan, tak cekap & effisen dan bising…
      Harap proton dpt tukar gearbox CVT kpd jenis torque converter


  • Rekabentuk Persona sepertinya akan memikat hati ramai pembeli. Model Persona sesuai Untuk mereka yang berpendapatan sederhana, fresh graduated yang baru bekerja. Tahap keselamatan yang tinggi dikatakan untuk semua varian akan mendapat 5-bintang ncap.

    Varian paling asas Persona standard kemungkinan berharga 45k-49k. Dijangka varian tertinggi Persona dilengkapi dengan 7 kelajuan protronic kotak gear


  • Ketika semua excited dengan Persona dan Saga 2016, nak tahu juga apa plan Proton dengan model Iriz.
    Dah hampir 2 tahun dilancar, apa progress export Iriz? macam senyap je.
    1. Apa progress export Iriz? Berapa banyak unit dah terjual di overseas?
    2. Bila nak masukkan varian 1.6M? takkan Proton nak tunggu sampai enjin GDI ready?
    3. Bila nak buat minor facelift?
    4. Promosi dan marketing pun macam suam-suam kuku.

    Kalau Proton cuma mementingkan penghasilan produk tapi lembab dari segi memastikan sales dan produk sentiasa segar, keluar 10 atau 20 model baru pun Proton tak akan ke mana-mana jawabnya.


    • habis la, lexus, camry, accord, mazda5, perdana.. mazda3, altis, vios, city, jazz, Iriz, attrage, mirage dan byk lagi.. semuanya kena tapau dengan Bezza.. memang berbezza


      • walaupun pembeli alza axia myvi mungkin akan memilih bezza, paling penting, pembeli sedan dari jenama lain juga mula memandang kepada perodua sekarang. jadi secara keseluruhan, jualan bulanan perodua mungkin mencecah 19k-20k unit sebulan. kerana sebelum adanya bezza jualan adalah dalam 14-17k sebulan kalau tak silap.


      • Paling terkesan adalah tempahan untuk Myvi, Sejak Bezza diperkenalkan tempahan Myvi jatuh paling teruk diikuti tempahan Axia juga menurun dengan drastiknya. Dengan ini diakui Bezza sememangnya ‘Game Changer’. Tahniah Bezza!!!!


          • Perlu diingat, terjemahan tempahan ke serahan Perodua adalah sekitar 75% disebabkan kelulusan pinjaman oleh pihak bank. Maknanya kalau tempahan 10,000, yang terjual adalah 7,500 unit.


  • Proton sekurang-kurangnya mengeluarkan rekabentuk yang cantik dengan kebanyakkan kereta eropah korea dan jepun…sekurang-kurangnya bila tengok nampak setaraf..walaupun dari segi teknologi dan kualiti masih ketinggalan. First impression sangat penting


  • Dr segi rekabentuk dan ciri keselamatan, model proton terkini dah setaraf kereta jepun dan euro tp dr segi prestasi enjin dan responsif speed, proton kena ambil berat. Walaupun persona nampak tak hebat, tp konvensional gearnya tetap syok bila memandu berbanding Iriz, yg hati dah berkenan dgn rupa tp bila dah test drivenya, hati kecewa.

Leave a Reply