ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton tawar rebat tunai sehingga RM3,800 untuk model Iriz pada bulan ini!

Views

Februari 2018 merupakan bulan yang sibuk bagi Proton meskipun terdapat cuti sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Namun beberapa inisiatif bagi jualan, pemasaran dan penambahbaikan kualiti tetap dilaksanakan mengikut perancangan di samping menguji SUV dan model pertama yang dibangunkan bersama Geely yang bakal dilancarkan pada suku keempat. Inisiatif-inisiatif ini diteruskan pada bulan Mac, dengan model-model dan tumpuan tertentu yang telah dirancang untuk penambahbaikan.

Di peringkat antarabangsa, Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group, Li Shufu, telah membeli 9.69 peratus pegangan dalam syarikat Jerman, Daimler, sekaligus menjadikannya pemegang saham tunggal terbesar bagi Mercedes-Benz dan trak Daimler. Proton mampu berkongsi kelebihan bersama melalui rakan niaganya, Geely yang kini memiliki 49.9 peratus daripada jumlah sahamnya.

Setelah kerjasama bersama Geely diumumkan, Proton telah menjalani program peningkatan kualiti bersama rakan niaganya melalui sistem penilaian yang berdasarkan kriteria pemarkahan global Volvo. Pada Disember 2017, audit kualiti telah dilakukan oleh Geely dan ianya menunjukkan peningkatan tiga kali ganda. Audit seterusnya pula dijadualkan pada bulan Mac 2018, dan Proton yakin dapat mencapai peningkatan skor auditnya. Ini adalah penting sebagai persiapan yang sedang dilakukan bagi pelancaran SUV pertamanya, yang dijadualkan pada penghujung 2018.

Bagi Februari 2018, Proton telah mencapai jualan yang bersamaan 9.6 peratus daripada pegangan keseluruhan pasaran automotif Malaysia. Majoriti jualan dihasilkan melalui model Saga, Persona, Exora dan juga Iriz yang terus menarik minat pelanggan melalui reka bentuk, teknologi dan kelebihan nilainya. Proton akan mengadakan kempen ‘My Style, My Drive’ pada Mac ini yang akan memberi tumpuan kepada Proton Iriz.

Pelanggan dijemput untuk memandu uji model kompak yang telah memenangi anugerah ini untuk merasai sendiri ciri-ciri baharu yang telah diperkenalkan dalam model yang dipertingkat pada 2017. Pelanggan dijemput untuk mengunjungi bilik pameran Proton yang berhampiran untuk memahami aspek-aspek keselamatan bagi model terebut yang telah mendapat penarafan 5-bintang oleh ASEAN NCAP. Mereka yang menempah sebuah Proton Iriz pada bulan Mac ini pula bakal menerima rebat sehingga RM3,800.

Proton Iriz yang telah ditambahbaik telah dilancarkan pada 2017 dan ramai yang memberi komen terhadap tahap bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH) yang lebih baik serta penggunaan bahan api yang lebih cekap. Ruang dalamannya juga telah dinaiktaraf dengan bebenang merah pada stereng yang dibaluti kulit dan tempat duduk menjadikannya kelihatan lebih kemas, anggun dan bergaya.

Sejak diperkenalkan pada September 2014, Iriz telah memenangi pelbagai anugerah seperti Kereta Kompak Hatchback Tahunan dan Anugerah Pilihan Rakyat di NST Car of the Year 2014, Reka Bentuk Perindustrian Terbaik 2015 oleh Perbadanan Harta Intelek, Kereta 5-Bintang ASEAN NCAP Paling Mampu Milik di Malaysia pada Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2016 dan Kereta Bajet Terbaik di Anugerah Tahunan Kereta ASEAN 2016. Model yang ditambahbaik pula telah menerima anugerah Kompak Terbaik di Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2017.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Kalau ada iriz 1.3 turbo, aku beli. Setakat 1.6 vvt ni aku byk pilihan. Nak jimat minyak baik ambik myvi 1.5, nak sedap luas ambik jazz 1.5. Iriz handling sedap, tp enjin 1.6 NA kurang power mcm x berapa kena. Cuba letak varian 1.3 turbo iriz super premium. Handling sedap, enjin pun kena torque power.. iriz sekarang xda wow factor utk tarik pembeli


  • Bro…!
    FC myvi 1.5L dengan Iriz 1.6L hampir tiada beza. Kalau nak jimat minyak angkat myvi 1.3L baru betul. Jazz 1.5L memang lebih luas dan nadinya juga lebih berkuasa dari Iriz 1.6L. Tetapi talaan transmisi Iriz menyebabkan pecutannya lebih cepat dari Jazz (Dari pegun 0km/h hingga 99km/h).

    p/s : Jazz hybrid pecutannya jauh lebih cepat dari Iriz walaupun lebih berat

Leave a Reply