ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X70 dapat 5-Bintang ASEAN NCAP – Bakal buat penampilan di KLIMS18 minggu depan

Views
ASEAN NCAP - Proton X70

Model SUV pertama Proton, X70 telah berjaya memperoleh pengiktirafan lima bintang Program Penilaian Keselamatan Kereta Baharu di negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dengan skor tertinggi dalam segmennya bagi keselamatan penumpang. X70 mengikut jejak langkah model-model Proton terdahulu seperti Iriz, Persona, Preve dan Suprima S yang turut menerima penarafan lima bintang dari ASEAN NCAP.

X70 mendapat skor yang tinggi berdasarkan protokol ujian terkini bagi tahun 2017-2020. Berdasarkan protokol baharu itu, teknologi bantuan keselamatan kini diambil kira dan dinilai sebanyak 25 peratus daripada skor keseluruhan. Sejak tahun 2012, Proton telah memperkenalkan struktur badan Pembentukan Tekanan Panas atau Hot Press Forming (HPF), yang digunakan untuk membentuk kerangka kereta-kereta keluarannya.

Penggunaan teknologi juga telagh menjadi salah satu sebab mengapa X70 dapat memberikan tahap perlindungan yang tinggi kepada penggunanya selain enam beg udara bagi semua varian, titik penahan tempat duduk kanak-kanak ISOFIX serta tali pinggang keledar dengan sistem penegang dan pengehad beban. Dengan adanya segala elemen ini, X70 telah menerima skor yang sempurna untuk ujian kesan sampingan serta teknologi perlindungan kepala.

SUV ini juga merupakan model pertama Proton yang dilengkapi dengan pelbagai ciri bantuan keselamatan seperti Brek Kecemasan Berautonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Amaran Tukaran Lorong (LDW) dan Sistem Amaran Titik Buta (BLIS). Dengan adanya ciri-ciri ini, model SUV tersebut telah memperoleh skor yang tinggi untuk teknologi keselamatan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift 2019?

Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar berkata, Proton telah berjaya megembangkan reputasinya untuk menghasilkan kereta yang mampu melindungi pengguna sekiranya berlaku kemalangan. Selain dari sistem bantuan tambahan pemandu yang diperkenalkan pertama kali pada kereta Proton, X70 turut dilengkapi dengan pelbagai ciri kemudahan seperti arahan suara, Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC) dan kamera 360 untuk pengendalian pemanduan selamat di kawasan yang sempit.

Selepas siri pratonton tertutup untuk tetamu jemputan dan media, Proton X70 akan membuat penampilan terbuka di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018. Sebanyak lima unit kereta akan dipamerkan dan pengunjung dijemput untuk melihat dengan lebih dekat SUV premium segmen C yang pertama dari sebuah jenama automotif Malaysia. Terdapat juga ruangan paparan khas untuk memperlihatkan aspek teknologi, keselamatan dan prestasi model tersebut.

Pengunjung yang datang ke KLIMS akan diberi kesempatan untuk melihat sepenuhnya kereta yang dipamerkan dan mereka yang hadir dijemput untuk meneliti pelbagai aspek reka bentuk, teknologi, keselamatan dan prestasi Proton X70 di ruangan interaktif. Kunjungi reruai (booth) Proton yang terletak di Tingkat 1, Dewan 1 dan di Booth 1007 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur mulai 23 November sehingga 2 Disember 2018.

JOM BACA >> PANAS: Ottimo bakal perkenal moped ‘harga marhaen’ tidak lama lagi!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply