ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S Proton milik Kereta Mewah Sdn Bhd dirasmikan

Views

Kereta Mewah Sdn Bhd (Kereta Mewah) kini merupakan pusat pengedar terbaharu Proton bertaraf 3S yang terletak di Kuala Baram, Miri. Mereka juga antara kumpulan pertama pengedar Proton sejak tahun 1986, yang sebelum ini beroperasi berasingan menerusi rangkaian 1S serta 2S, dan telah menaiktaraf cawangan mereka kepada fasiliti 3S di sebuah lokasi baharu.

Kos untuk mengubahsuai cawangan 3S tersebut dianggarkan berjumlah RM 1 juta. Secara keseluruhan, dengan menaiktaraf cawangan tersebut, ia dijangka bakal mempertingkatkan jualan dan servis sebanyak 30 peratus. Fasiliti terbaharu ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Wi-Fi dan kopi percuma, kawasan untuk mengecas laptop, lounge untuk kanak-kanak dan 35 unit petak parkir khusus untuk keselesaan pelanggan.

Pusat 3S ini telah dirasmikan oleh Dr. Ho Tuck Sum, Pengurus Besar Perancangan Rangkaian Proton dan turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Kereta Mewah dan ahli pengurusan Proton. Menurut Tan Kim Hoon, Pengarah Urusan Kereta Mewah Sdn Bhd, proses menaiktaraf cawangan ini secara tidak langsung mewujudkan keyakinan terhadap pengurusan baharu dan hala tuju masa depan.

JOM BACA >> INTIP : Penampakan ‘wajah baharu’ Proton Iriz MC2 yang lebih jelas

Info ringkas mengenai Pusat 3S Proton Kereta Mewah Sdn Bhd:

Alamat:
Kereta Mewah Sdn Bhd (3S)
Lot 10369, Blok 10, Lutong,
Daerah Kuala Baram,
98100, Miri, Sarawak.

Telefon: 019-8843838
E-mel: [email protected], [email protected], [email protected]

Waktu Operasi:

Jualan:
Isnin – Sabtu : 8:00 pagi – 6:00 petang
Ahad – Cuti Umum : 9:00 pagi – 3:00 petang

Servis:
Isnin – Jumaat : 8:00 pagi – 5:00 petang
Sabtu : 8:00 pagi – 4:00 petang
Ahad – Cuti Umum : Tutup

JOM BACA >> INFO: Betul ke tidur dalam kereta boleh membawa maut?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply