ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S SAG Wira Sdn Bhd yang dinaik taraf dirasmikan

Views

Satu lagi pusat 3S Proton telah dinaik taraf sepenuhnya untuk memenuhi standard terkini, kali ini milik SAG Wira Sdn Bhd (SAG Wira) yang terletak di sekitar Persiaran Raja Muda Musa. Lokasinya pula berada di kawasan trafik tinggi yang terdapat pelbagai kemudahan seperti medan selera, bank, hospital, stesen minyak, restoran makanan segera serta kompleks sukan. SAG Wira turut mempunyai sebuah pusat ketuk dan cat yang terletak di Kampung Batu Belah, Klang.

Syarikat tersebut telah membelanjankan kira-kira setengah juta untuk mengubahsuai pusat ini yang merangkumi kemudahan tambahan seperti ruang penyerahan kereta serta bilik perbincangan. Majlis perasmian pusat 3S ini telah dihadir oleh Edmund Lim Meng Thong, Pengurus Besar, Perancangan Jualan Proton. Pengurusan SAG Wira menjangkakan dengan kemudahan serta wajah baharu yang ditampilkan, ia bakal meningkatkan jualan dan servis sebanyak 30 peratus.

Syarikat turut menambah kakitangan jualan dan servis bagi memastikan setiap pelanggan yang berkunjung ke pusat cawangan ini mendapat layanan dengan segera. Selain itu juga, pelanggan turut disediakan dengan kemudahan seperti WIFI percuma, komputer riba, ruang mengecas telefon bimbit dan ruang minuman yang selesa serta parkir yang luas.

JOM BACA >> INTIP: Proton X70 dengan celoreng penyamaran dikesan

Menurut Michael Lee Yeeng Cheong, Pengarah Automotif SAG Wira Sdn Bhd, beliau berkata penambahbaikan ini penting kerana ia akan menunjukkan imej jenama korporat yang lebih kukuh serta menguatkan keyakinan pelanggan. Syarikatnya juga turut melihat penerimaan yang positif dari pasaran selepas pengumuman mengenai tempahan model X70, dan pelancarannya menjelang akhir tahun ini.

Butiran ringkas mengenai pusat 3S Proton SAG Wira Sdn Bhd:

Lokasi:
Lot 1713, Persiaran Raja Muda Musa, 41200 Klang, Selangor.

Kemudahan yang disediakan:

  • Ruang minuman
  • WIFI percuma
  • 6 petak penyelenggaraan
  • 5 servis pengangkat

Jumlah kakitangan:
Kakitangan Jualan : 21
Kakitangan Servis : 15

Waktu Operasi:

Jualan:
Isnin – Sabtu : 8.30 pg – 7.00 mlm
Ahad & Cuti Umum : 10.00 pg – 6.00 ptg

Servis:
Isnin – Sabtu : 8.30 pg – 5.30 ptg
Ahad & Cuti Umum : Tutup

Nombor Pejabat : Tel : 03-33723868
E-mel : [email protected]

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz ‘facelift’ ditemui lagi, kali ini lebih jelas!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply