ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S Volkswagen Tebrau dirasmikan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan WN Motorworld Sdn Bhd telah melancarkan Pusat 3S Volkswagen Tebrau di Johor Bahru. WN Motorworld Sdn Bhd telah melabur sebanyak RM1.5 untuk pusat ini yang dinaik taraf dari fasiliti sebelumnya. Ia bakal menyokong jualan dan selepas jualan Volkswagen untuk kawasan Tebrau, Johor Bahru, Skudai, Kota Tinggi, Pasir Gudang dan lokasi sekitar wilayah pembangunan Iskandar.

Dengan berkeluasan 13,123 kaki persegi, bilik pameran Pusat 3S Volkswagen Tebrau 3S Centre boleh mempamerkan sehingga lapan buah kereta, manakala ruang servis dikendalikan oleh kakitangan yang berpengalaman dan terlatih serta dilengkapi dengan peralatan diagnostik terkini dan peralatan servis yang diluluskan oleh Volkswagen Jerman.

Pusat ini juga dilengkapi dengan lounge pelanggan yang dilengkapi dengan TV dan sambungan Wi-Fi percuma, dan kafe yang menghidangkan jamuan ringan untuk pelanggan yang sedang menunggu. Unit jualan Volkswagen Tebrau beroperasi setiap hari dari jam 9:00 pagi hingga 7:00 malam, manakala khidmat lepas jualan pula hanya beroperasi pada hari Isnin hingga Sabtu mulai jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang dan ditutup pada cuti umum.

Pusat 3S Volkswagen Tebrau akan mengadakan Rumah Terbuka di bilik pameran mereka pada 4 – 5 Mac dan 18 – 19 Mac nanti dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga, sesi pandu uji dan peraduan mewarna untuk kanak kanak. Jom ramai ramai ke sana!

KLIK UNTUK BESARKAN

A total of 7 service bays Showroom displays up to 8 cars Volkswagen Tebrau 3S Centre (2) Volkswagen Tebrau 3S Centre

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • people loose confidence in vw in Malaysia these day.

    my view the price of parts, and maybe another one is the lack of technical expertise.

Leave a Reply