ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rangkuman intipati Bajet 2017 untuk automotif dan pengangkutan

Views

Semalam berlangsungnya pembentangan Bajet 2017, oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parimen. Kami rangkumkan intipati Bajet 2017 untuk automotif dan pengangkutan. Antara yang diumumkan adalah :

– Peruntukan sebanyak RM29 juta untuk memperbaiki dan menaik taraf lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan yang merangkumi sistem perparitan untuk mengatasi masalah banjir serta membina overhead ramp.

– Kumpulan B40 atau golongan yang berpendapatan sehingga RM3,855 disarankan untuk menjadi pemandu ‘perkongsian perjalanan’ seperti Uber dan Grab. Mereka mampu meraih pendapatan sehingga RM1,500 sebulan jika mereka memandu separuh masa (dalam tempoh 10-40 jam seminggu) dan RM4,300 jika mereka memandu (melebihi 40 jam seminggu). BR1M boleh digunakan sebagai bayaran pendahuluan untuk membeli Proton Iriz dan mereka juga layak menerima rebat sebanyak RM4,000.

– Projek Rel Jajaran Pantai Timur sepanjang 600 km dari Lembah Klang ke Pantai Timur bakal dilaksanakan dengan kos RM55 bilion. Landasan keretapi jajaran Gua Musang-Tumpat yang rosak akibat banjir akan turut dibaikpulih dengan peruntukan sebanyak RM100 juta. Kekerapan Tren ETS juga akan ditingkatkan dengan penambahan 19 set gerabak tren secara berperingkat sehingga tahun 2019.

– Pinjaman pembelian motosikal bagi penjawat kerajaan akan dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000.

– Kerajaan memperuntukkan RM60 juta untuk memberi geran RM5,000 kepada pemandu teksi untuk membeli kenderaan baharu dan akan diberi permit teksi individu sekiranya permit bersama syarikat lama telah tamat. Ia bakal memberi manfaat kepada 12,000 orang pemandu teksi.

– Selain itu, kerajaan turut memperuntukkan geran pelancaran untuk Skim PERKESO sebanyak RM60 juta kepada pemandu teksi individu berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan. Untuk melayakkan mereka menyertai skim tersebut, caruman dengan kadar RM157-RM443 setahun/RM13.08 sebulan perlu dibuat. Sekiranya berlaku kemalangan semasa bekerja, mereka layak membuat tuntutan dan jika pemandu meninggal dunia, waris bakal menerima Faedah Orang Tanggungan dengan kadar RM945 hingga RM2,655 sebulan.

– Mempergiatkan perlaksanaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.

– Menaik taraf 616 km jalan kampung dan membina jambatan baharu dengan peruntukan RM1.2 bilion.

– 97,000 lampu jalan, 3,000 lampu LED di persimpangan jalan akan dipasang di 7,500 kampung seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

– RM4.6 bilion diperuntukkan untuk semua negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia, bagi kerja kerja penyelenggaraan jalan.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Adakah pemandu perkhimatan Kereta Sewa, TEKS1M dan teksi eksekutif(blue cab) juga tergolong mereka yang dapat geran 5k dan akan mendapat geran induvidu?..

    Jika ya, baguslah.. Menggalakkan pemandu teksi menukar kereta baru dan memperbaiki perkhidmatannya, terutamanya perkhimatan Kereta Sewa dan teksi bajet..

Leave a Reply