ARKIB

KATEGORI

Buletin

Reaksi awal Toyota berhubung isu papan pemuka Vios yang dikatakan meletup

Views

Semalam, beberapa foto yang dikatakan papan pemuka sebuah Toyota Vios milik salah seorang pemilik akaun Facebook, Hafiz Simbun menjadi viral. Laporan polis juga turut dibuat oleh pemilik kenderaan tersebut dan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian sedang dijalankan. Kami juga telah memuat naik status mengenai perkara tersebut di laman Facebook rasmi funtasticko.net.

Akhirnya, kami telah mendapat respon dari pihak Toyota yang tampil memberi kenyataan balas berhubung perkara tersebut. Sebenarnya pihak mereka telah pun sedia maklum mengenainya. Pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut kerana ia pertama kali berlaku dan mereka belum pernah mengalami situasi tersebut. Buat masa ini, pihak Toyota tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan di laman sosial kerana kes ini masih lagi disiasat oleh pihak berkuasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

dashboard-vios-hafiz-simbun laporan-polis-hafiz-simbun vios-pecah-cermin-depan-hafiz-simbun

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply