ARKIB

KATEGORI

Buletin

Regas Premium Sabah dilantik sebagai wakil pengedar sah BMW Group Malaysia terbaharu di Sabah

Views

BMW Group Malaysia telah melantik Regas Premium Sabah sebagai wakil pengedar terbaharunya bagi jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad di negeri Sabah. En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata kawasan Timur Malaysia merupakan pasaran yang sekian lama menyumbang kepada perkembangan perniagaan dan syarikat berasa teruja untuk menjalin kerjasama tersebut.

Sabah menyumbang kepada penjualan melebihi 500 unit kenderaan untuk segmen premium di dalam negara setiap tahun dan ia mempunyai potensi untuk menggandakan angka tersebut dalam masa lima tahun yang akan datang. Tahun lalu, syarikat telah melakar peningkatan jualan sebanyak 18 peratus di Sabah berbanding tahun 2016.

Matthew Tan, Prinsipal Pengedar yang mewakili Regas Premium Sabah berkata, mereka telah lama berhasrat untuk menjejakkan kaki ke dalam industri automotif premium di Sabah, dan dengan mewakili jenama BMW Group, ia semestinya merupakan permulaan yang mereka impikan. Regas Premium Sabah Sdn Bhd merupakan usaha sama antara TM Vision Auto Services Sdn Bhd, iaitu syarikat subsidiari Tan Brothers Machinery Company (TBMC) dan Regas Premium Auto Sdn Bhd.

Regas Premium Auto merupakan wakil pengedar sah bagi BMW, MINI dan BMW Motorrad di negeri Sarawak. Regas Premium Auto juga dilantik sebagai pengedar servis sah bagi BMW i pada tahun 2016 di negeri tersebut dan pada tahun lepas, ia telah membangunkan fasiliti pengecasan awam BMW i yang pertama di Timur Malaysia yang terletak di CityOne Megamall Kuching.

Regas Premium Sabah akan mengambil alih FM Autohaus sebagai pengedar terbaharu BMW Group Malaysia di Kota Kinabalu dan akan beroperasi di dalam fasiliti bersaiz 53,500 kaki persegi yang terletak di Jalan Penampang, menawarkan perkhidmatan menyeluruh merangkumi Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem (4S) bagi jenama BMW dan BMW Motorrad serta fasiliti servis bagi jenama BMW i dan MINI.

Kini, BMW Group Malaysia mempunyai rangkaian yang terdiri daripada 20 pengedar BMW, 8 pengedar MINI, dan 9 pengedar BMW Motorrad di seluruh negara. Regas Premium Sabah akan mula beroperasi pada 1 Julai 2018 di Lot 17362, Mile 3, Jalan Penampang, 88300 Kota Kinabalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply