ARKIB

KATEGORI

Buletin

Risalah Proton Extrema bocor?

Views

Kami mendapat beberapa foto risalah Proton Extrema yang telah dikirim oleh rakan kita yang ingin dirahsiakan identitinya. Tetapi sebenarnya kami meragui kesahihan risalah ini kerana Proton masih dalam perancangan untuk mengeluarkan SUV. Proton Perdana yang nak dilancarkan pada bulan Mac pun masih belum nampak bayangnya. Ini secara tiba-tiba je muncul risalah misteri Proton Extrema pula.

12903672_10154928114052316_1918113218_o

Lagipun SUV yang dikatakan Proton Extrema ini hampir sama je dengan SUV Europestar Youngman T5 untuk pasaran di China. Kami percaya anda juga pernah melihat SUV ini yang dibangunkan dari model konsep Proton MSX/Lotus APX.  Elok juga Proton ada SUV dalam masa terdekat kerana trend semasa automotif global dan permintaan untuk segment ini semakin menggalakkan. Kalau boleh buatlah rekaan serba baharu sepenuhya kerana rekaan ini dah lama.

Anda percaya ke dengan risalah ni?

  • TERKINI : Setelah melakukan siasatan kami mengenalpasti foto-foto ini adalah rekaan semata-mata. Ia telah direka oleh Pow Ying Hern dengan bertujuan untuk melihat reaksi umum mengenai relevan atau tidak SUV seperti ini dikeluarkan oleh Proton dalam masa terdekat. Kami awal-awal lagi dah sangsi mengenai perkara ini.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

12903523_10154928114042316_513487313_o 12903672_10154928114052316_1918113218_o 12915281_10154928114032316_29296691_o 12919473_10154928114037316_1907853848_o

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

21 Comments


  • Seriously nice. Interior design menarik, masih up-to-date. Build quality nampak lebih berkelas. Design belakang should be revised sikit untuk match dgn market sekarang. Front fascia sebenarnya dah ok, just need some refreshment and integration dgn imej proton yg sekarang contothnya image yg dicarry oleh new perdana and iriz, supaya nampakl kesinambungan Proton Wing punya image dlm erti kata yg lebih segar lagi. Overall, to be honest, proton boleh jual kot model ni. Design overall masih lagi acceptable. Good job proton. Sangat berharap jadi realiti.


  • Mmm… model nie ok kalau proton nk redesign semula… depan dah ok cuma bahagian belakang jer kena revise supaya sesuai dgn citarasa semasa:) Lagi pun dulu model nie adalah idea DSZ utk dibangunkan sebagai model proton selepas team proton n lotus merekabentuknya utk company China, Youngman.

    Cheers!


  • aku zoom dekat lampu depan… xda trademark PROTON yang macam iriz…
    model baru proton akan semua ada tu trademark macam dalam lampu depan iriz cuma berbeza design.
    dan trademark tu mestilah berada tepi belakang projetor lampu depan.
    Perdana baru pun ada tu trademark


  • Tangkap sahaja penyebar fitnah ini….. April fool sebenarnya untuk mengherdik muslim yang telah dinyahkan daripada Sepanyol. Ingat tu…. Baik anda bertaubat En. Fantasticko dan penyambut, penyemarak dan pengedar berita palsu…. Bertapa besar dan indahnya trafic rating yang kita dapat, tapi belum tentu dapat menghapus dosa yg telah di buat ini. Sebesar mewah yang kita dapat, ingat ada yang lagi besar di akhirat tu.


    • Niat dia nak memberi maklumat sahaja. X elok tuduh dia buat April Fool. Bukan dia saja2 nk post ni untuk sambut April Fool. Kat Paultan pon post pasal kereta ni. Dan tolong jangan libatkan agama plz.


    • saya tk rasa funtasticko nak sebarkan berita palsu..memang dalam artikel dah tulis “meragui kesahihan”..sebagai muslim bukan jenis menghukum seseorang tanpa usul periksa..kenalah berhikmah..


    • terbaca “muslim yang telah dinyahkan daripada Sepanyol” dah tau orang ni suka main cakap lepas ja.. xselidik dulu apa tu april fool..

      aq xingat sangat apa ceritanya, tapi april fool ni disebabkan dulu hari pertama calender tahunan masihi adalah 1 april, bukan 1 januari, kemudian ditukarkan ke 1 januari sebagai hari pertama setiap tahun.. tapi kebanyakan rakyat sepanyol/eropah masih sambut tahun baru pada 1 april.. jadi pemerintah istihar siapa sambut 1 april sebagai tahun bari dikira “FOOL”. Maka jadilah april fool……

      rosak bulan lahir aku..

      AWAS
      jangan percaya sangat cerita diatas…

Leave a Reply