Berita Automotif

Published on July 19th, 2017 | by campromania

Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Naza berlangsung meriah

Baru-baru ini Kumpulan Naza telah mengadakan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri oleh para pembesar, rakan niaga, media, kakitangan dan ahli keluarga mereka di Pusat Dangangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC). Acara diserikan lagi dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor dan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta isteri Tun Jeanne Abdullah.

Acara tersebut mempersembahkan kepelbagaian unik dari semua anak syarikat yang bernaung di bawah Kumpulan Naza bagi memberikan ekspresi sebenar Hari Raya Aidilfitri. Hampir 5,000 orang dari pelbagai latar belakang berkumpul di dewan pameran berkeluasan 1.5 juta kaki persegi yang bakal menjadi venue rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 untuk sama-sama meraikan acara tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Tags: , , , ,


About the Author

Pereka berjiwa otomotif



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to Top ↑