ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Saga baharu tunjuk sedikit ruang dalaman

Views

Proton semakin sibuk untuk mempersiapkan “kereta marhaen” mereka Saga generasi baharu yang bakal dilancarkan pada September ini. Foto risikan terbaharu prototaip ujian Saga baharu telah berjaya dikesan oleh Ct Aminah di sekitar hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh menghala ke arah Selatan.

Walaupun gambar ini diambil pada jarak yang agak jauh, namun boleh dapat melihat sikit imbasan ruang dalaman satu tona hitam dan sebahagian papan pemuka serta pintunya yang terbuka agak luas. Bahagian rim juga tidak ditampal dengan pelekat penyamaran dan jelas kelihatan rekaan lima cabang berkembar. Saga baharu ini turut ditemani oleh Persona baharu yang turut menggunakan plet perdangangan.

Khabar angin mengatakan harga model Saga baharu nanti akan bermula dari RM33k untuk varian 1.3L Standard (Manual) hingga RM46k untuk varian 1.3L Premium (CVT). Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

persona 2016 escort saga 2016

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

38 Comments


  • Sangat berharap Saga 2016 mendapat 5 bintang ASEAN ncap. Nak gantikan Saga BLM saya kepada kereta kecil yang lebih selamat. Jika Saga 2016 mendapat 5 bintang ncap tanpa berfikir panjang saya akan buat tempahan. Jika Saga 2016 4 bintang saya akan pertimbangkan Bezza advance 5 bintang ASEAN ncap


    • saya di beri tahu Bezza full spec hanya 4 bintang …oleh kerana bezza itu mempunyai VSC itu di kira tambahan 1 bintang menjadi kan dia peroleh 5 bintang ..


          • @Kay Z

            Dibawah saya quote komen asal awak:

            “saya di beri tahu Bezza full spec hanya 4 bintang …oleh kerana bezza itu mempunyai VSC itu di kira tambahan 1 bintang menjadi kan dia peroleh 5 bintang ..”

            Ayat awak diatas ini juga boleh digunakan kepada semua model Proton yang dapat 5-Star.

            Btw, tak payah sebut pasal pergi training itu dan ini lah, Kita jangan ingat kita aje tau, orang lain tak tau.


          • @Kay Z

            Yang lebih memalukan ialah awak mengaku pergi kursus Saga R, tapi awak ada hati nak komen pasal Bezza.

            Cuba cerita sikit kursus apa yang awak pergi? Dan sila berikan bukti tentang pengetahuan awak berkenaan Bezza.


        • @Kay Z

          Untuk dapat 5-Star, sesebuah kenderaan itu mestilah melepasi semua syarat untuk layak 5-Star.

          Setakat tambah VSC (macam yang awak cakap pasal Bezza) kepada kereta yang hanya layak 4-Star tidak akan membuatkan ianya menjadi kereta 5-Star.

          Untuk kes Bezza (dan juga model Proton yang 5-Star), ianya adalah sememangnya layak mendapat 5-Star kerana semua markah yang diperolehi adalah didalam julat yang melayakkanya mendapat 5-Star. Tetapi jika tidak mempunyai VSC, automatik dihadkan kepada maksimum 5-Star.


          • dok sembang berombak ombak tp point nye betul je kot pasal bezza tu ..takyah karang byk kalu point nya bnd betul dan konon nak tjuk awk tu betul …


        • Kalau xda VSC confirm x dpt 5-star. Kalau full score pun 4-star je. Ada VSC baru layak untuk 5-star bergantung kepada crash test score


          • @malaysian

            Setuju dengan awak. Inilah jawapan yang rasional dan tidak fanatik.

            Kalau takde VSC memang takkan dapat 5-Star. Tapi kalau ada VSC, belum tentu boleh dapat 5-Star kalau markah lain-lain tak bagus, Dalam kes ini, markah Bezza memang melayakkannya untuk dapat 5-Star. Bukan hanya kerana adanya VSC semata-mata.


          • @fauzan

            Proton pun kalau takde VSC automatik dapat 4-Star juga. Walaupun dari aspek/markah lain ianya layak 5-Star, begitu juga Bezza.

            Apapun pujian saya berikan pada Proton kerana memilih untuk melengkapkan VSC pada semua variant Persona. Kita tengok nanti adakah Saga ada VSC pada semua variant.


          • Mmm… dah VSC itu syarat penarafan asean ancap. Patutnya letak jer bezza tu utk semua varian ada VSC. Cuma depa x confident kot varian rendah/standard bleh dpt 5 star walaupun ada VSC. Siapa tau?

            Cheers!


  • kelebihan crash structure proton terletak bila berlaku kemalangan sebenar. ini kerana kereta proton mempunyai struktur rangka yang kuat (kekuatan besi tiga kali ganda). perlanggaran tepi dan belakang persona dan iriz jauh lebih kuat dari bezza mahupun axia. perodua seperti fokus kepada menjawab soalan peperiksaan yang mana fokus pada satu bahagian depan sahaja tetapi bahagian struktur kerangka yang lembut di bahagian tepi dan belakang. kereta proton bila dilanggar lori akan jauh lebih kukuh berbanding kereta perodua. tu yang iklah safety 360 degree


    • bagus feature ni dan perlu ada, tapi doalah agar kita tak akan berada dalam situasi dimana kita perlu menggunakannya.
      reability pun harapnya lebih baik berbanding sebelum ni, barulah keseluruhan sistem berfungsi sepenuhnya.


  • Mmm… dah jgn gado2. all new Persona ni semua variannya ada VSC dan semua variannya adalah 5 star asean ancap. Berbanding bezza hanya varian premium sahaja 5 star asean ancap sbb ada VSC. Varian lain adalah 4 star jer. Ayat cengitu betulkan?:)

    Cheers!


  • Saga coupé 2 pintu please! Kereta sport kecil dijana enjin kecil 1.0L turbocharged rege bawah 45k. Rekabentuk saga 2016 ni memang sesuai dijadikan sport kecil 2 pintu


      • Cadangan Saga Coupe Sport Mini 1.0L i3T memang menarik.. Bagi penggemar kereta 2 pintu memang tertunggu-tunggu sama ada Saga Coupe ataupun Perdana Coupe(Putra) yang lebih besar dan mewah untuk mereka bergaji besar..

        Turbo atau NA.!?.

        1.0L Turbo 3 silinder atau..
        1.2L Turbo 3 silinder..
        mungkin sesuai untuk Saga Coupe Sport Mini.. Harga.???

        1.3L GDI NA 4 silinder atau..
        1.5L GDI NA 4 silinder..
        Juga sesuai untuk Saga Coupe Sport Mini..Harga.???.

        **Enjin yang dicadangkan akan diproduksikan besar-besaran pada akhir 2017..

        Model coupe sambutannya tidak terlalu menggalakkan di Malaysia tetapi ada penggemarnya tesendiri..


        • Cadangan tuan mmg bagus.
          Tklo tgk market kt negara kita lebih dinominasi oleh golongan perempuan dan family car juga kereta yang cc kecil tp praktical utk wat g keje..proton kna lebih praktical utk mnjana keunutungan.


        • Bagi 1.6L CFE pun OK macam cadangan Pak Wan bagi harga 60k

          Kete kecik enjin sederhana light turbocharged. Buat limited edition 200 atau 500 unit setiap tahun


  • sekali lagi sy merasa agak sedih dgn bakal2 pembeli model ni….loan panjang jangkamasa terpaksa melayan kelemahan2 proton dlm material quality n fit finishing…tapi takpala…proton rasa pembeli2 proton dr golongan yg x byk komen n x brapa nak guna hak pengguna boleh la jual tanpa rasa bersalah…sedih mengenangkan nasib2 pembeli yg nak tuntut warranty kat SC tapi dicemuh jer

Leave a Reply