ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Saga station wagon@estate, realiti atau sekadar ilusi?

Views

Malam semalam agak gempar juga laman sosial dengan penyebaran dua keping foto Saga versi station wagon@estate yang telah dimuatnaik ke laman Facebook Zainul Azraai. Kami sebenarnya masih was was dengan kesahihan dan kewujudan model tersebut. Setakat informasi yang kami perolehi belum ada kedengaran Proton nak membuat model sebegini untuk pasaran tempatan.

Ada dua kemungkinan yang boleh berlaku. Pertama, ia mungkin foto telah yang diolah dengan perisian grafik Adobe Photoshop. Memang nampak realistik hasilnya sehinggakan hampir tidak “kantoi” langsung, memang cekap sungguh yang membikinnya. Jika betul, memang nakal juga pembikin imej ini kerena telah berjaya memperdayakan ramai orang termasuk media media automotif.

saga wagon 1

Kedua, Saga versi station wagon@estate memang betul betul wujud, tetapi unit yang sedang ditunda dalam gambar ini hanyalah “mule” untuk model lain yang sedang dibangunkan. Pada yang masih belum jelas istilah “mule” itu, ia mewakili prototaip peringkat awal pembangunan sesebuah model yang bentuk asalnya masih lagi belum dimuktamadkan atau prototaip dengan badan yang sebenar sedang dalam pembinaan.

Namun, timbul persoalan model apakah yang bakal dibangukan dari “mule” ini? Adakah Proton sedang membangunkan MPV atau station wagon@estate segmen A dengan menggunakan platform saga generasi baharu? Kami pernah mendengar kira kira dua tahun lalau yang mantan Pengerusi Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah meminta R&D Proton membangunkan model sebegini, tetapi projek tersebut tiada langsung khabar berita. Mungkin projek ini dihidupkan semula oleh pihak pengurusan baharu Proton siapa tahu kan?

Apa pun misteri mengenai kewujudan model Saga versi station wagon@estate masih lagi menjadi tanda tanya dan kami akan cuba mendapatkan sedikit informasi untuk memastikan kesahihannya. Kena bagi kami masa sikit lah ye, tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

saga wagon 1 saga wagon 2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

25 Comments

Leave a Reply