ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sedan pertama Perodua bakal dijana enjin 1.3 liter Dual VVT-i

Views

Khabar angin semakin kuat mengatakan sedan pertama keluarkan Perodua bakal menggunakan enjin terbaharu 1.3 liter Dual VVT-i (1NR-VE)yang kini digunakan oleh model Xenia dan Avanza di Indonesia. Enjin tersebut dikeluarkan oleh kilang enjin Toyota di Karawang, Jawa Barat. Enjin tersebut mampu menjana 97 hp pada 6,000 rpm dan 121 Nm tork pada 4,100 rpm.

Selain itu sedan tersebut bakal dilengkapi dengan ciri ciri terkini seperti butang penghidup enjin, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman dan disasarkan untuk mendapat pengiktirafan lima-bintang dari ASEAN NCAP. Foto model tersebut telah pun bocor di laman sosial baru baru ini. Nantikan kemunculannya!

 perodua sedan

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

32 Comments


  • Nampak gaya memang takde 1.5l sebab mungkin kacau market VIOS yang mana turut dipunyai UMW. Ada yang buat anggran harga dalam lingkungan RM50k-RM58k.


    • Point kritikal bila membicarakan model2 perodua vs.proton ialah handling dan safety. Safety boleh ditambah bila2 masa, handling bergantung pada tujuan kenderaan tersebut dibina.Siapa yang pusing Sepang lima round tiap hari sebelum sampai ofis?


  • winning formula for Perodua..running cost and peace of mind after purchase..dulu sy kata jualan axia akan 5x proton iriz tak nak percaya…tapi sekarang figure jual mcm tu……untuk model ni sy expect akan jual 2x volume proton saga……org jalanan punya figure…usually better dr marketing syok sendiri dlm COE


    • itu formulation penting yg proton sering angkuh dan suka fokus kemana hala.. syok sendiri.. lepas tu angkat bakul dlm media sales prediction ribua2n.. entah kemana objektif hasilkan produk.. meleret2 dgn mcm2 ‘supplementary’ tp main course failed.


    • Errr, ramai ke yang kata tak percaya unit jualan Axia 5x Iriz tu?

      C’mon lah, it’s widely accepted yg mana kereta yg harganya cuma 5x harga kapcai pastinya terjual panas, terutamanya di iklim ekonomi semasa yg membuat ramai orang (dan bank) sedang “berkira-kira” untuk membenarkan pembelian.

      Sebelum ada yg salah anggap, saya bukan nyatakannya “5x kapcai” secara negatif. Sekadar menyatakan kaitan langsung dengan “purchasing power”. Ambil contoh ansuran kapcai, spreaded across 2-years loan. Dan anda bakal beroleh figur yg lebih hampir dengan ansuran Axia untuk pinjaman 9-tahun, berbanding kereta-kereta lain.


        • Mmm… sbb lain adalah faktor harga. Daihatsu mmg berpengalaman dlm pasaran model2 kompak. Melalui perodua pasaran M’sia bermula dgn kancil pada awalnya, mereka bijak meletakkan harga lebih murah drp pesaing disamping memperkenalkan segment yg yg kurang saingan ketika itu. Bermula kancil dan kemudiannya Myvi, pasaran kereta2 kompak perodua terus kukuh sejak 6 tahun yg lalu. Selain itu juga perodua di bawah toyota bijak menyusun strategi jualan model2 barunya meninggalkan pesaing lain even proton selangkah dibelakang. Cuba kita lihat antara kronologi model2 perodua berbanding saingan terdekatnya prootn. Kancil keluar pasaran. Dpt sambutan kerana faktor harga n kumpulan sasaran besar utk golongan mampu milik. Proton kemudian keluarkan savvy utk counter pasaran kancil. Tapi ketika itu juga perodua bersedia mengeluarkan model kompak pengganti kancil yg lebih reliable, besar, spacious n sesuai utk kenderaan famili kecil walaupun cc bebeza; myvi 1.3, savvy 1.2 tapi segment super mini compact masih dlm katogeri yg sama.

          Selepas perodua membuktikn pasaran hatchback B segment adalah pasaran popular, proton keluarkan Iriz bagi menyaingi myvi, Iriz mempunyai kelebihan drp spek n safety berbanding myvi, myvi tentu shaja mampu meletakkan harga lebih rendah drp iriz atas faktor ini. Harga ini jugalah menjadi pertimbangan bagi kedua2 persaingan ini ditambah perodua punyai strategi yg lebih baik bila dlm masa yg sama memperkenalkan segment A hatchback compact cekap tenaga EEV Axia dan strategi ini berhasil. Melalui Dasar Automatif Negara (DAN), ada beberapa terma cukai akan dihapuskan pada model yg di katogerikan EEV dan ini membolehkan Axia dijual dgn murah bila terdapat pengurangan cukai di situ.

          So, kini kedua2 pengeluar kereta nasional ini akan mengeluarkan model segment yg sama, tunggu sahaja apa strategi yg digunapakai perodua utk mengekalkan momentum jualannya dan bagaimana prootn merangka strategi baru utk meningkatkan jualannya yg begitu terjejas sejak awal tahun ini. So bagi pihak prootn, safety features perlu dijadikan standard, cabarannya bagaimana mereka boleh meletakkan harga lebih murah drp produk keluaran perodua kerana terbukti harga yg lebih rendah pada segment yg lebih kurang sama akan lebih mendapat tempat n perhatian:)

          P/s : rasa2 kalau iriz sekarang harga lebih rendah drp myvi, agak2 bagaimana jualannya ye?:)

          My 2 cents.

          Cheers!


          • setuju pandangan tuan.
            tambahan kekuatan Perodua ialah senang modifikasi convert dgn model asal Toyota, Daihatsu.
            Kancil tukar Mira
            Viva tukar Avy
            Myvi tukar Passo
            Hidup budaya JDM (JepunDiMalaysia)


          • Rasanya sama je Fauzan.tak percaya cubalah jual murah,fokus pada volume.


          • Mmm… sbb tu sy kata ada faktor2 lain. Setakat nie harga model sama segment perodua masih lebih murah drp pesaing. Cabaran bagi prootn utk meletakkan harga lebih murah drp model2 perodua bila letak full spek n safety tip top:)

            Kereta nk tip top, harga nk murah… hehe. x dapek la..

            Cheers!


          • sememangnya price positioning IRIZ lagi murah dr MYVI. setelah buat research on pricing positioning based on NETT (dah tolak discount la, bonus hr jadi la, bonus kete proton ke2 la), actual result adalah IRIZ lg murah dr MYVI for the almost equal spec (IRIZ lebih safety)….TAPI, MYVI still sells better…perception rakyat (based on facts pun) mmg negative towards Proton…jadi dont blame the pricing, price factor is not significant anymore..market just DONT WANT TO BUY PROTON…please terimalah hakikat


          • Mmm… pernah terbaca artikel survey kaji selidik gelagat pembeli kereta di M’sia, Harga adalah dlm list pertama dlm kelompok lima selain design, jimat minyak, persepsi dll. So, bagaimana bleh kata price factor is not significant anymore? Funny. Even sy highlight kn selain itu ada faktor lain:P Fact is still fact. N sesuatu yg bleh kita simpulkan n terima hakikat adalah haters is still haters:P
            Sorry…

            P/s : At the end org bayar myvi lebih murah drp Iriz la. 5 star ncap n full spec iriz lebih murah drp 4 star n half bake spec myvi?…lawak ramadhan ker der?:P

            Cheers!


  • standard perodua. design tepi yang tak sepadan dengan depan. tepi nampak ‘flat’ dan ‘old-fashioned’ tiba-tiba bahagian depan nampak futuristik. bahagian atas wheelarch (tak tau nak panggil apa) depan nampak tersembul, yang belakang pula nampak flat. inilah yang dikatakan ‘proportion’ yang baik oleh peminat-peminat perodua. walaubagaimanapun, syabas perodua kerana berjaya menghasilkan bahagian depan kenderaan yang sangat sporty dan futuristik.


  • Terbaik..! Sedan segmen-B Perodua menyasarkan 5-bintang ASEAN NCAP.. Enjin Dvvt-i melepasi piawaian euro 5 standard emisi eropah.. Harga di bawah myr70k sayingan sengit sedan segmen-B.. Kemungkinan jauh lebih baik daripada kereta² import segmen-B yang hanya mencapat 4-bintang NCAP..


  • Mengikut laporan, Perodua baru operate kilang enjin NR baru di sendayan Negeri 9. Enjin 1.3 & 1.5. Kapasiti 1.3 agak kecil utk kereta B segmen setanding city vios almera.

    Rim tayar nampak mcm 15 inci (185/60 r15, standard sedan B segmen) so maka enjin 1.5 lebih sesuai.


  • mesti laku giler punya sedan perodua ni….Buat la kereta mcmana pn,janji ada DNA JEPANG N dan model tu xdak dlam pasaran malaysia ….perodua jual semua laku…nautica ja xlaku sb harga tinggi (CBU)


  • Masalah besar kereta Proton skrg ialah enjin nya. Sampai bila hendak guna enjin Campro tu…?- – campro minyak kuat (especially auto) – responsive tukar gear lagging -enjin kasar
    selagi tiada enjin baru, proton usah bermimpi.

Leave a Reply