ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell Helix Ultra lancar kempen ‘Drive On’

Views

Minyak motor sintetik sepenuhnya Shell Helix Ultra sedang menjalankan kempen jenama global ‘Drive On’ menerusi satu siri filem. Ia bakal memberi inspirasi kepada pemandu dan pemilik bengkel untuk mengatasi cabaran seharian dan meneruskan semangat mereka terhadap pemanduan dan pengembangan perniagaan mereka.

Teras kempen ini adalah program kesetiaan pelanggan dan perniagaan bersepadu yang dikenali sebagai ‘Shell Advantage and Rewards’ (SHARE). Malaysia menjadi pasaran yang pertama di dunia yang melancarkan SHARE. Pembeli minyak pelincir Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus, High Mileage, HX7 atau HX5, boleh menyertai dunia ganjaran SHARE dengan membuat pendaftaran dalam talian di www.shell.com.my/share.

Ini termasuklah baucar bagi seluruh gedung di Lazada bagi pendaftaran kali pertama dengan pembelian, tawaran 3-dalam-1 bagi pembelian Shell Helix Ultra, peringatan untuk penukaran minyak dan promosi bermusim. Bagi mereka yang mempunyai kereta berusia di bawah lapan tahun dan perbatuan kurang daripada 150,000 km, mereka juga layak untuk mendapatkan Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) secara percuma bila mereka menjalankan servis kereta dengan Shell Helix Ultra, High Mileage atau HX7. Waranti enjin yang unik dan pertama seumpamanya di pasaran ini kini merupakan sebahagian daripada program SHARE.

Shell telah menghasilkan aplikasi mudah alih SHARE untuk membolehkan pemilik bengkel dan mekanik mengumpul mata dengan setiap produk Shell Helix yang mengambil bahagian yang dijual kepada pengguna, dan menebusnya untuk mendapatkan hadiah-hadiah menarik. Sempena dengan pelancaran kempen tersebut, Shell Helix ‘Drive On’ Roadshow akan diadakan di lokasi terpilih di seluruh negara bermula pada 13 Oktober hingga 24 Disember 2017 dengan hadiah yang menarik untuk dimenangi.

Dua puluh lima pemenang bertuah juga akan membawa pulang hadiah Ferrari dalam pertandingan media sosial Shell Helix #IDriveFor. Sila kunjungi www.shell.com.my/driveon untuk maklumat lanjut. Pada tahun 2014, Shell Helix merupakan jenama yang pertama memperkenalkan minyak motor dengan minyak asas yang ultra bersih yang dihasilkan daripada gas asli menggunakan Teknologi PurePlus.

Tahun lalu, ia merupakan jenama minyak motor pertama yang menawarkan Waranti Enjin Shell Helix atau S.H.E.W. Pada tahun ini, Shell Helix bekerjasama dengan Waze dalam kempen yang pertama di Asia untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya mengenai kawasan kemalangan sepanjang tempoh Ramadan dan Aidilfitri.

Malaysia juga merupakan pasaran pertama memperkenalkan Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia di Lazada Malaysia dan memberikan akses kepada pengguna di seluruh negara untuk mendapatkan minyak motor Shell Helix yang tulen dan diperolehi dari sumber rasmi.  Untuk maklumat lanjut mengenai ganjaran dan faedah memilih Shell Helix, sila layari www.shell.com.my/share

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply