ARKIB

KATEGORI

Buletin

Siang jadi pensyarah, malam jadi Wazer

Views

Kita biasa guna Waze tetapi tidak kenal siapa yang berada di belakang tabirnya kan? Mungkin ramai yang tidak mengenali Yusmizan bin Ag Kirah, anak kelahiran Sabah yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di Kolej Teknikal Yayasan Sabah. Kalau anda nak tahu, pensyarah bagi Program Teknologi Automotif ini, yang pernah berkhidmat sebagai jurutera, juga merupakan salah seorang editor peta Waze yang berpangkat tinggi di Malaysia.

Lebih mesra dengan panggilan Yus, beliau telah dinaikkan pangkat pada Mei 2017 ke Pengurus Negara Tahap 6 bagi para editor peta Waze di Malaysia dan Brunei. Bukan calang-calang orang nak sampai ke tahap ini, pangkat tersebut adalah antara jawatan yang tertinggi bagi para editor Waze tau! Walaupun bekerja sebagai pensyarah sepenuh masa dan sibuk menjaga empat orang anak, Yus turut menyumbangkan masa beliau untuk meningkatkan pengalaman Waze bagi para pengguna Malaysia bersama 300 orang editor peta lain di seluruh Malaysia.

Apa yang mereka ini semua buat sebenarnya?

Para editor peta di Malaysia ini sentiasa mengemas kini, mengedit, membetulkan dan mengurus peta-peta di rantau Utara, Tengah, Selatan, Pantai Timur serta Borneo di negara ini. Selain mengedit peta-peta dalam aplikasi tersebut, Yus juga menguruskan penglibatan komuniti untuk para editor peta Waze dengan merancang persidangan-persidangan tempatan di mana mereka boleh berkongsi kepakaran dan memupuk persahabatan.

Beliau juga menggunakan masa beliau untuk mendorong dan memperkasakan para editor peta agar mereka dapat dipromosikan ke peringkat pengeditan yang lebih tinggi, seperti melantik editor tertentu sebagai Pengurus Kawasan. Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan pengeditan peta dilakukan secara berkala agar aplikasi Waze sentiasa dikemas kini.

JOM BACA >> INTIP : Penampakan ‘wajah baharu’ Proton Iriz MC2 yang lebih jelas

Mencerminkan budaya Malaysia yang berteraskan keakraban dan penerimaan, Yus telah mengenali beberapa kawan rapat melalui komuniti Waze merentasi seluruh negara. Lawatan ringkas ke pelbagai negeri tiba-tiba boleh menjadi perjalanan penuh apabila rakan-rakan Waze beliau membawa beliau sekitar negeri-negeri tersebut untuk bersama-sama menerokai dan memetakan kawasan-kawasan yang belum dipetakan di Waze.

Yus menyertai Waze pada 2013 kerana dia merasakan aplikasi tersebut menjadikan navigasi sangat bermaklumat dan menyeronokkan. Dia tidak pernah menjangkakan bahawa Waze akan membawa pengaruh yang begitu besar terhadap kehidupan beliau. Sejak pelancaran Waze di Malaysia, komuniti Waze negara ini kini antara yang terbesar di dunia, seramai 5.9 juta orang pengguna aktif bulanan dan 300 orang editor peta.

Ahli-ahli komuniti Waze memang berbakat. Dari editor peta, penterjemah ke penguji beta, para pengguna Waze menyumbang kemahiran dan masa mereka untuk meningkatkan pengalaman pemanduan untuk semua orang. Tentu sekali, para sukarelawan ini dapat memperoleh mata-mata dalam aplikasi sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka, tetapi komuniti ini disatukan dengan tujuan untuk bersama memastikan agar pengalaman perjalanan di Malaysia sentiasa terurus dengan menyediakan maklumat jalan dan butiran peta yang terkini. Mereka juga membantu menjadikan aplikasi ini lebih inklusif dengan memastikan komuniti ini sentiasa aktif dan mesra bagi semua orang.

Ingin sertai Komuniti Waze?

Jom jadi salah seorang editor peta, ketik je pautan https://www.waze.com/editor! Ketahui cara untuk mula mengedit peta Waze di Komuniti Wiki dan berhubung dengan komuniti editor di forum ini.

JOM BACA >> INFO: Betul ke tidur dalam kereta boleh membawa maut?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply