ARKIB

KATEGORI

Buletin

Spesifikasi Proton Perdana 2016 terbongkar?

Views

Proton telah membuka tempahan untuk model terbaharu Perdana 2016 yang dijangka membuat kemunculan secara rasmi pada bulan Mac. Perdana 2016 akan mempunyai dua varian dengan enjin berkapasiti 2.0 dan 2.4 liter. Buat permulaan Proton akan memperkenalkan varian 2.4 liter terlebih dahulu. Kami memperolehi informasi mengenai spesifikasi varian tersebut, namun ia mungkin sedikit berlainan dengan model yang sebenar. Berikut adalah spefikasi Perdana 2016 varian 2.4 liter :

ENJIN & TRANSMISI
– Enjin 2.4L DOHC i-VTEC dengan teknologi Advance VVT
– Transmisi 5-kelajuan automatik dengan Shift Hold Control dan Paddle Shift

KESELAMATAN
– 4 beg udara
– Cangkuk ISOFIX dan Top Tether untuk tempat duduk kanak-kanak
– ABS, EBD, ESC
– Sensor undur depan dan belakang
– Tali pinggang keledar pra-regangan untuk dua penumpang hadapan
– Tali pinggang keledar dengan pelaras ketinggian

CIRI-CIRI ISTIMEWA
– Kawalan iklim automatik dua zon
– Lampu depan dengan lampu nyalaan siang LED (DRL)
– Tempat duduk elektronik boleh laras dengan sokongan lumbar : Pemandu – 8 cara, Penumpang – 4 cara
– Lampu “Follow Me Home”
– Penyandar kepala kekangan aktif semula
– Sistem audio bunyi keliling dengan enam pembesar suara
– Antena sirip jerung
– Kawalan Auto Cruise

PRAKTIKALITI
– Ruang kabin yang luas dengan ketinggian, ruang bahu dan ruangan kaki yang mencukupi
– Bantuan parkir dengan kamera undur dan paparan pandangan belakang
– Cermin sisi elektrik boleh dilipat
– Lampu depan automatik
– Alat kawalan pembuka but
– Lampu kabus depan dan belakang
– Sistem infohiburan Proton
– GPS terbina dalam

REKABENTUK
– Rekaan luaran yang elegan
– Kit badan dan spoiler belakang yang sporty
– Kemasan dalaman dua tona dengan tempat duduk kulit kombinasi warna hitam dan beige

PILIHAN WARNA
– Kelabu Graphite
– Perak Sterling
– Merah Ruby
– Putih Cotton
– Hitam Midnight

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

19 Comments


    • Mmm… err… abis tu rasa2 yg perdana nie berapa bintang bleh dpt? Cuba refer platform accord gen 8 berapa bintang safety dpt. Ari tu tun M ada kata model nie telah ditambah pembaikan dan lebih baik drp platform pendermanya;)

      Cheers!


    • Sebab terikat dengan perjanjian honda. Honda tak bagi ubah spesifikasi kpd yang lebih baik dari gen8 accord(walaupun accord tu dh lama dn dh tk jual). Mmg agak sedih, sbb proton mampu sumbat mcm2 ciri lagi sepatutnya. Apakan daya. Sepatutnya 6 Airbag tu paling koman la org kata. Kereta d segment zmn sekarang smua 10 airbag. Mungkin honda strict tk bagi proton ubah technical spec sbb takut tapau market gen9 accord mereka. Dan ini amat menyedihkan.


      • itu kata-kata dalam blog dan cakap2 kosong je bro. hakikatnya proton sendiri tidak mahu mengeluarkan kos yg lebih tinggi untuk menguji segala kelengkapan sekiranya ia ditambah.

        kalau tambah curtain airbag, sudah tentu ujian pelanggaran sisi dilakukan sebab honda accord gen 8 versi malaysia dulu mana ada curtain airbag. kalau nak tambah keyless atau hill hold assist, kena lantik vendor minta buat part tersebut. dah tentu kos tambahan lagi.

        proton pun kena bayar royalti kpd honda di samping mengeluarkan modal untuk membuat perubahan kosmetik pd model ni..proton kena fikir ROI untuk model ni.

        takut proton hanya mengharapkan jabatan kerajaan dan menteri sahaja sebagai pelanggan terbesar perdana ni nanti. maklumlah, RM150K untuk proton mmg rasa tak berbaloi untuk sebuah kereta yg menggunakan platform lama dan hanya dilakukan perubahan kosmetik. Tidak kurang pentingnya, mampukah proton menambahbaik NVH kerana accord gen 8 noise dari jalan memang ketara sangat.


        • Mmm… kos RnD perdana nie dlm RM200juta. Average RnD sepatutnya paling kurang RM600juta. Pengeluar besar lain utk D segment keluaran premium ada budget RnD sehingga mencecah RM2 billion!:) Apa2 pun penggunaan platform selalunya terikat dgn terma n syarat yg ditetapkan honda. Bukan cakap2 kosong. Cuma detail info kita x tau… Kalau ikutkan model nie hanya utk pasaran domestik jer. Sama dgn kes mitsu/inspira. Tapi dlm kes inspira, enjin x leh usik, modifikasi tahap minima n utk pasaran domestik je. Tapi kes perdana nie, sebb ia adalah fasa ke-2, termanya dh x begitu ketat tapi ada part yg honda letakkan syaratnya, even enjin selepas setahun bleh diganti dgn enjin sendiri.

          Cheers!


  • PENGALAMAN GUA DENGAN BANGSA JEPUN MEMANG MANUSIA PALING KEDEKUT ILMU.HONDA DAH CAKAP INI KERJASAMA PERTAMA DAN TERAKHIR.GUA SETUJU DENGAN FAUZAN DAN JEPUN TAKUT DAA.KALAU PROTON UBAH LEBIH-LEBIH DENGAN SENDIRINYA PROTON PERDANA AKAN MENGALAHKAN HONDA ACCORD GENERASI KE 10 YANG DIPAMERKAN DITHAILAND BRO.


    • Orang lain punya harta memang la patut kedekut. Orang setup kompeni untuk cari untung bukan pusat charity. Kalau rahsia/teknologi kompeni asyik dok share/bagi ngan pihak lawan, macam mana kompeni nak survive.


    • bukan soal kedekut..harta interlek, teknologi adalah benda yang berharga. kalau org jepun kedekut, proton saga dah tentu tak wujud..perlu diingat, proton dah bekerjasama dengan 2 company automotif jepun. lepas ni nak rebadge suzuki pulak.

      nampaknya proton dengan jepun berpisah tiada. perodua jangan cakaplah..tu memang anak jepun.


    • Takdelah kot..sebab seperti yang dinyatakan oleh forummer di atas, Honda tak bagi ubah spesifikasi kpd yang lebih baik dari gen8 accord. Kalau ubah lebih baik, nanti Honda gen-9 kena tapau pulak dengan perdana baru ni.


  • Sy dgr ride & handling tak lotus tuned sebab terikat dengan perjanjian Honda. Enjin pun tak tune. Honda akan supply enjin untuk 2 tahun. Bila keluar versi NE01 nanti baru Proton boleh betul2 buat penambahbaikan. Proton aware Perdana bukan high demand, so memang plan untuk low volume production, jadi budget R&D pun tak banyak macam biasa.


  • rilek2. klu bak bagi 6 airbags pun,proton xyah test sbb honda accord 8th gen mmg ada 6 airbags jual kat negara luar.

    xkanlah honda nak bagi spec lebih dr yg 9th gen dr segi safety. umum tahu 8th gen full spec 5 star euroncap, 9th gen 4 start euroncap.malu lah nnti. itu pun ada dgr honda bg limited production run.

    bodoh sgtlah proton klu sengaja xnak bg 6 airbags kat kete flagship diaorg sbb iriz pun 6 airbags, dgr cite,persona baru pun nnti 6 airbags yg premium.

    saga xpasti,dikatakan safety aspect akan ditingkatkan,tp xtau aper dia.


    • honda accord gen 9 dah dapat 5 ncap selepas diuji semula.

      honda accord gen 9 facelift pun dah diupgrade dengan pelbagai spesifikasi yang canggih. kalau nak banding dgn perdana ni, mmg agak jauh ketinggalan.

      proton memang tak bagi 6 airbags sebab itu perjanjian dgn penderma. kalau nak letak 6 airbags, proton kenalah buat kereta sendiri.


  • Ala..tongkrek je lebih…mcm2 alasan daaa..dah tau jepun kedekut apsal x buat ngan org lain..jepun jaga jepun je…gatai nak buat ngan honda…korean brand xnak plak tanya..padahal LG connection power

Leave a Reply