ARKIB

KATEGORI

Buletin

Stor Pop-Up Ford untuk Ranger bakal menemui anda mulai 20 Julai ini

Views

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia akan memperkenalkan sebuah stor Pop-Up Ford baharu di Subang Parade, Subang Jaya, Selangor pada 20 Julai sebelum memulakan jerayawara ke seluruh Semenanjung Malaysia. Stor Pop-Up Ford itu direka bagi menawarkan pengguna dengan satu peluang unik untuk merasai sendiri pengalaman memandu Ranger dalam persekitaran yang berbeza, berbanding di pusat pengedaran biasa.

Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata persekitaran runcit automotif telah berubah dengan pantas, beralih daripada pendekatan berasaskan produk kepada berpaksikan pelanggan. Ini kerana semakin ramai pengguna yang membuat keputusan membeli berdasarkan kepada pengalaman mereka. Stor Pop-Up Ford yang pertama ini diharap dapat menawarkan persekitaran peruncitan yang berbeza kepada pelanggan dan mengubah cara mereka membeli kenderaan.

Stor Ford Pop-Up menampilkan teknologi realiti maya (VR) yang akan membawa pelanggan lebih dekat dengan Ranger dan membolehkan mereka merasai pengalaman menggunakan dua teknologi bantuan pemandu Ford yang canggih – Forward Collison Alert dan Lane Departure Warning and Assist.

JOM BACA >> TIPS : 5 Benda Yang Boleh Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta!

Forward Collison Alert memberi amaran sekiranya ia mengesan kemungkinan besar pelanggaran akan berlaku dan ia akan menekan brek (pre-charge) untuk memendekkan jarak berhenti. Lane Departure Warning and Assist pula memberi amaran kepada pemandu jika kenderaan tersasar dari garisan jalan, sebelum membantu mengembalikan ke laluan asal sekiranya tiada sebarang tindakan diambil. Pelanggan juga akan mengetahui lebih banyak mengenai pelbagai teknologi keselamatan dan pintar Ranger yang telah memenangi pelbagai anugerah dan berjaya mengekalkan posisinya selaku antara trak pikap terlaris di pasaran.

Pengunjung stor Pop-Up Ford boleh mengambil peluang sempena kempen ‘Seize the Deal’ yang sedang berlangsung sekarang. Ia menawarkan rebat tambahan sehingga 10 peratus di samping penjimatan GST sebanyak enam peratus ke atas Ford Ranger untuk penjimatan sehingga RM19,830. Kempen ‘Seize the Deal’ juga disediakan untuk model Ford Fiesta dan Mustang, menawarkan rebat sehingga 17 peratus dan penjimatan keseluruhan yang mengagumkan sehingga RM113,000. Promosi ini sah sehingga 31 Ogos 2018.

Stor Ford Pop-Up akan mula beroperasi pada 20 hingga 22 Julai di Subang Parade, Subang Jaya, Selangor dan dibuka kepada orang ramai dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Perunding jualan juga akan berada di sana untuk menjawab apa jua persoalan anda, selain menawarkan proses pendaftaran dan pembelian kepada pelanggan yang berminat.

Jadual penuh stor Ford Pop-Up adalah seperti berikut:

Tarikh Lokasi
20 – 22 Julai 2018Subang Parade, Subang Jaya
27 – 29 Julai 2018Queensbay Mall, Penang
2 – 4 Ogos 2018Tesco Kota Bharu, Kelantan
10 – 12 Ogos 2018Setia City Convention Centre – Lot B Car Park, Setia Alam
23 – 25 Ogos 2018Sutera Mall, Johor Bahru
6 – 8 September 2018Aman Sentral, Alor Setar, Kedah

Untuk maklumat lanjut tentang stor Pop-Up Ford atau Ford, layari laman web pelbagai bahasa SDAC (www.sdacford.com.my), yang turut menampilkan ciri botsembang (chatbot) dalam tiga Bahasa – Inggeris, Bahasa Malaysia dan Cina – untuk memberikan pengalaman lebih baik kepada pelanggan.

JOM BACA >> Adakah Ini SUV Perodua Kembara Generasi Baharu?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply