ARKIB

KATEGORI

Buletin

Syed Faisal dilantik Pengerusi Bukan Eksekutif Proton

Views

Proton Holdings Berhad mengumumkan pelantikan Dato’ Sri Syed Faisal Albar bin Syed Ali Rethza Albar, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif baharu Syarikat berkuatkuasa 5 Mei 2016, berikutan peletakan jawatan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad pada 31 Mac 2016.

Syed Faisal turut akan memegang jawatan sebagai Pengerusi Group Lotus plc. Beliau merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang korporat dari pelbagai industri. Beliau memulakan kerjaya di PricewaterhouseCoopers dan pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad dari 2003 hingga 2008.

Antara jawatan-jawatan penting lain yang disandang oleh beliau sebelum ini termasuk, Pengarah Urusan Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Pengarah Eksekutif Konsortium Logistik Berhad (“KLB”), Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corporation Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Gas Malaysia Berhad.

Pengalaman Dato’ Seri Syed Faisal serta rekod prestasi yang terbukti dalam meningkatkan hasil dan keuntungan merupakan satu kelebihan untuk PROTON yang kini dalam proses memulihkan perniagaannya.

syed faisal albar

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Info
    #Pengerusi eksekutif
    #Pengerusi bukan eksekutif

    Pengerusi eksekutif mempunyai kuasa yang sama rata sahaja dengan pengarah-pengarah lain, tetapi dalam konteks tanggungjawab, dia dikenakan tanggungjawab yang lebih berat dan bersifat objektif oleh undang-undang berbanding dengan pengarah-pengarah bukan eksekutif. Jika Pengerusi bukan eksekutif hanya bertanggungjawab ketika mengambil bahagian dalam mesyuarat lembaga pengarah sahaja, Pengerusi eksekutif mempunyai tanggungjawab secara sepenuh masa dan perlu pula menggunakan kemahiran dan usaha yang bersesuaian dengan kepakaran dan tugasan yang diberikannya: AWA Ltd v Daniels (1992) 10 ACLC 933. Bolehlah dikatakan bahawa Pengerusi eksekutif bertanggungjawab secara sepenuh masa kepada syarikat dan tertakluk kepada senarai tugas (jika ada) yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

    Realiti sebenarnya (di sisi-sisi undang-undang) amat jauh berbeza. Di sisi undang-undang, pengerusi tidak mempunyai apa-apa kelebihan dan tidak mempunyai apa-apa kuasa istimewa yang mengatasi kuasa lembaga pengarah. Pengerusi hanyalah seorang pengarah yang diberi tanggungjawab mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah dan pada adatnya mempengerusikan juga mesyuarat agung. Perkara-perkara Persatuan syarikat hanya memberikan empat kuasa kepada pengerusi: mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah (perkara 85, Jadual A), menandatangani minit mesyuarat (seksyen 156), dan jika berlaku persamaan undi dalam mesyuarat, pengerusi mempunyai undi pemutus (perkara 53, Jadual A), dan akhir sekali, jika berlaku kacau bilau atau kaca ganggu dalam mesyuarat, pengerusi boleh menggunakan budi bicaranya untuk menangguhkan mesyuarat.

    ‘A chairman is nothing more than a man on a chair’. Jika diberi kerusi, ia duduk, jika ditarik kerusinya, ia akan jatuh. Begitulah ibarat kuasa seorang pengerusi. Kuasanya sentiasa tertakluk kepada restu setiap masa oleh orang yang memberinya kuasa!

    Semoga bermanfaat*

Leave a Reply