ARKIB

KATEGORI

Buletin

Teknologi kanta lekap bakal membantu pengecasan pantas kenderaan elektrik

Views

Ini mungkin berita gembira kepada pengeluar kenderaan elektrik. Saintis melaporkan, teknologi bahan plastik pada kanta lekap lembut mungkin boleh membantu kenderaan elektrik untuk dicas dengan lebih pantas dan boleh bergerak lebih jauh tanpa berhenti. Kumpulan penyelidik dari Universiti Surrey di England kini sedang membangunkan polimer yang mungkin merangsang prestasi superkapasitor – bahan ringan dalam komponen elektronik yang boleh mengeluarkan jumlah kuasa yang lebih.

Autonews melaporkan pada tahun 2011, Elon Musk pernah berkata superkapasitor bakal memberi kejayaan pada kereta elektrik, bukannya bateri. Superkapasitor telah terbukti memberikan lonjakan kuasa untuk keretapi dan bas. Pada masa hadapan superkapasitor akan membantu kenderaan elektrik bergerak dengan jarak yang sama dengan kenderaan berenjin petrol dan boleh dicas hanya dalam beberapa saat.

Matlamat kini adalah untuk meningkatkan ketumpatan superkapasitor antara 1,000 dan 10,000 kali, sekaligus mempertingkatkan ketumpatan tenaga semasa kira kira lima (5) watt sejam per kilogram. Buat masa ini, ia berkadaran dengan 100 watt sejam dengan bateri lithium ion atau 2,500 watt sejam per kilogram untuk kenderaan berenjin petrol.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply