ARKIB

KATEGORI

InfoTips

TIPS : Kilatkan lampu depan kereta yang kusam dan kekuningan dengan modal tak sampai RM15!

Views

Bila kereta dah semakin berusia ni, selain enjin dah mula ‘kaput’ satu lagi masalah paling lazim berlaku adalah lampu hadapan menjadi kusam dan kekuningan. Kereta pun macam kita juga, semakin tua mata pun dah tak berapa nak ‘clear’ kan. Punca terjadinya kusam pada lampu hadapan ini adalah disebabkan oksida dan ia boleh membuatkan cahaya lampu menjadi lebih malap apabila memandu pada waktu malam, berkabus tebal dan hujan lebat. Bahaya tau!

Kami nak kongsikan satu tips mudah dan murah dari rakan kami, Beruang Laut yang telah dikongsikan dalam Facebook peribadinya tadi. Sebenarnya ada pelbagai cara dan produk yang boleh digunakan untk tujuan ini, namun cara ini antara yang membuahkan hasil. Anda hanya perlu sediakan tiga benda sahaja iaitu kertas pasir gred 600 dan gred 1000 (boleh juga gunakan gred 1500 atau 2000), pengilat besi jenama Autosol dan air. Tetapi, anda kena la gigih untuk menggosok dan menyental lampu itu sampai berkilat. Gosok jangan tak gosok sampai berkilat!

JOM BACA >> Adakah Ini SUV Perodua Kembara Generasi Baharu?

Jom ikuti langkah-langkah ini:

Ini lampu asal. Setelah bertahun-bertahun, lampu akan menjadi kekuningan dan kabur kerana oksida. Berbahaya terutama untuk memandu di waktu malam sebab cahaya lampu akan menjadi malap.

Langkah pertama, baca Bismillah dulu. Yang penting dah sediakan tiga benda yang disebutkan di atas. Gunakan kertas pasir gred 600 untuk membuang lapisan kuning dan kusam.

Gosok dengan menggunakan air. Masa ini anda akan nampak kesan kotor dan kuning itu mulai tertanggal.

Setelah menggosok, lap dan keringkan lampu terlebih dahulu. Pastikan kesan kuning semakin berkurangan.

Kemudian, gosok sekali lagi dengan kertas pasir gred 1000. Boleh juga gunakan kertas pasir gred 1500 atau 2000. Ulangi cara yang sama, gosok dengan menggunakan air.

Setelah selesai menggosok dengan kertas pasir gred 1000, lap dan keringkan lampu tersebut.

Langkah seterusnya, gosok lampu menggunakan pengilat besi Autosol. Boleh didapati di mana-mana kedai hardware. Harga dalam lingkungan RM8-RM12 (bergantung kepada kedai).

Picit sedikit pada lampu dan gosok menggunakan kain. Nak dapat kesan lebih cantik cuba gosok dengan kertas surat khabar. Masa ini dah mula nampak lampu kereta anda dah kembali berkilat.

Teruskan menggilap sehingga lampu betul-betul cerah. Taraaaaaa!!!! Dah berkilat setelah puas menggosok. Ini hasilnya setelah menggilap lebih kurang setengah jam. Yang penting jangan putus asa. Selamat mencuba!

Terima kasih Beruang Laut atas perkongsian tips ini ye!

JOM BACA >> Gambaran Digital SUV Perodua Rekaan Gunma Akagi

JOM BACA >> VIDEO : Tun Dr Mahathir Mencuba Ciri Kawalan Suara SUV Pertama Proton

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply