ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota pancung jenama Scion, konsep C-HR akan jadi model Toyota dan Lexus?

Views

Artikel oleh : Shamsul Yunos

Kita di Malaysia mungkin tak mengenali jenama Scion, ianya jenama yang direka oleh Toyota untuk menarik minat pembeli muda di Amerika kerana model biasa Toyota dikatakan kurang diminati oleh pembeli kumpulan umur muda.

Jenama tersebut diberikan model tersendiri yang boleh dikatakan edgy dan funky dan selain dari mencuba idea rekabentuk baru dan berbeza dari gaya rekaan (styling) biasa Toyota, jenama Scion ini juga dijadikan platform untuk menguju strategi pemasaran dan jualan yang baharu.

Contohnya, Scion boleh dibeli secara online melalui bilik pameran maya, dijual dengan satu spesifikasi varian dan di tawarkan dengan beratus-ratus aksesori untuk menajdikan setiap kenderaan unik. Itu yang orang muda mahukan. Bagaimanapun angka Jualan Scion terus merosot dalam beberapa tahun ke belakang dan akhirnya Toyota membuat keputusan untuk menutup kedai.

Walaupun langkah menghentikan Jenama Scion boleh dianggap satu kegagalan, namun Toyota berpendapat ianya telah banyak membantu mereka memahami pasaran muda dan antara sebab jualan Scion merosot ialah kerana pembeli muda ramai yang sudah mula tertarik dengan model Toyota. Bagi peminat jenama tersebut, ramai yang bersedih kerana mereka menanti konsep C-HR untuk dilahirkan sebagai model Scion.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=201&v=qz52Stbriv8Toyota

C-HR bakal bakar pesaing segmen Crossover

chr3

Nampak gayanya ‘Crossover’ sudah menjadi kata kunci kejayaan terbaru dalam industri automotif yang menghadapi pasaran semakin kompetitif dan pembeli yang semakin sinis. Walaupun sudah ada beribu model kereta di pasaran dunia, pembeli masih lagi berasa terkongkong dengan pilihan yang ada, ini yang membuatkan syarikat kereta terpaksa keluar dari zon selesa dan mencuba segmen baru ataupun mencipta segmen sendiri.

BMW pun terpaksa buat van, ye lah dia gelar X2 Active ke ape entah tapi hakikatnya model tu ialah MPV kompak dan model pacuan roda depan pertama jenama yang kononnya tak akan membina sesuatu yang tak sporty… ye lah tu

Crossover merupakan deskripsi untuk kenderaan yang bukan kereta dan bukan SUV, contohnya macam Honda H-RV, ataupun Nissan Juke, Ford Edge, Mercedes-Benz GLE -Coupe, BMW X-6 dan lain lain lagi. Model crossover ni asalnya teramat niche kerana ianya trendy, mahal dan tak cukup praktikal kerana ruang terhad dan tak boleh main lumpur di offroad.

Tapi, semakin lama, gaya crossover menjadi semakin menarik kepada yang sudah mempunyai pengalaman memiliki SUV dan mendapati tayar mereka pun tak pernah kena lumpur dan bila ditenung dan dibelek, rupanya SUV ni tak lah hensem sangat.

Nak balik ke kereta dah tak sanggup sebab dah biasa dengan kedudukan pemandu yang tinggi dan ruang dalam yang lebih besar dari kereta, jadi mereka mula mencari satu kompromi antara SUV dan kereta maka lahirlah segmen crossover.

Kejayaan Honda H-RV mencekau begitu banyak jualan langsung menjadikan jenama Honda nombor dua di Malaysia, di belakang Perodua menjadi bukti bahawa demam crossover sudahpun tiba di Malaysia. Untunglah Honda kerana belum ada pengeluar lain yang menawarkan pilihan popular ini.

Toyota dikatakan telah mengesahkan bahawa konsep C-HR akan dibangunkan sebagai model jualan dan pada mulanya ianya dijangka akan menjadi tunggak penting jenama Scion di Amerika Syarikat namun setelah jenama tersebut dipancung minggu ini, Toyota akan mengambil model ini dan mungkin akan membangunkan satu variasi Lexus yang kompak tapi mewah untuk mengacau pasaran Range Rover Evoque.

chr1 chr2 chr3 chr4

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply