ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Rush serba baharu dilancarkan

Views
Pratonton: Toyota Rush 2018 pembayang SUV Perodua?

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) baharu sahaja memperkenalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) serba baharunya, Rush untuk pasaran Malaysia hari ini. SUV tujuh tempat duduk generasi kedua yang dibangunkan khusus untuk pasaran ASEAN itu ditawarkan dengan dua varian iaitu iaitu S dan G.

Model SUV itu mula diperkenalkan di pasaran Malaysia sejak 2008 dan sehingga kini 18,000 unit sudah berada di atas jalan raya negara Malaysia. Presiden UMWT, En. Ravindran Kurusamy berkata UMWT menyasarkan jualan sekitar 3,600 unit model Rush baharu tahun depan dan tempahannya sudah dibuka bermula hari ini. Toyota Rush serba baharu hanya akan dipamerkan di bilik pameran bermula Januari tahun hadapan.

Fakta menarik mengenai Toyota Rush 2018:

  • Rekaan Toyota Rush serba baharu ini bakal memberi gambaran kepada model keluaran Toyota pada masa depan dengan penampilan imej ‘R-BLADE’.
  • Ia dipasang secara tempatan (CKD) yang dikeluarkan di kilang Perodua di Rawang, Selangor, manakala kemasan aksesori pula dibuat di Hab Kualiti Bersepadu UMWT di Bukit Raja, Selangor.
  • Dikuasakan enjin 1.5L DOHC 16 injap terbaru yang menawarkan kuasa maksimum 105 PS pada 6,000 rpm dan 136 Nm daya kilas pada 4,200 rpm dan ia dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan
  • Rush dilengkapi dengan sistem Automatik Berhenti/Mula yang melayakkannya untuk menerima pengiktirafan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) selaras Dasar Automotif Nasional (NAP).
  • Masih mengekalkan sistem pacuan roda belakang yang membolehkannya mengharungi pelbagai permukaan jalan dan mendapat cengkaman lebih mantap semasa mendaki dan mengangkut bebanan.

JOM BACA >> INTIP : Penampakan ‘wajah baharu’ Proton Iriz MC2 yang lebih jelas

  • Pendekatan konsep 360-T yang terdiri daripada tiga elemen iaitu Safe-T Plus untuk ciri keselamatan terkini, Connectivi-T yang merangkumi teknologi perhubungan, hiburan dan keselamatan serta Guaran-T untuk ketenangan fikiran sepanjang tempoh pemilikan.
  • Rekaan kabinnya kini tampil lebih eksklusif dengan sistem didik hibur DVD-AVX skrin sentuh bersaiz 6.8 inci yang boleh disambungkan kepada telefon pintar dan serasi dengan aplikasi seperti Google Maps dan Waze.
  • Antara ciri-ciri menarik yang lain termasuklah 13 pemegang cawan, Paparan Pelbagai Info (Multi-Info Display), Monitor Pandangan Panoramik (PVM) 360 darjah, Perakam Video Digital (DVR) dan peranti Toyota AutoTag untuk pembayaran tol secara elektronik.
  • Untuk varian Rush 1.5S pula, ia turut dilengkapi dengan sistem Kemasukan Pintar (Smart Entry), Pemantauan Titik Buta (Blind Spot Monitor – BSM) dengan Amaran Lintasan Trafik Di Belakang (Rear Cross Traffic Alert – RCTA), serta Sistem Pra-Perlanggaran (Pre-Collision System – PCS).
  • Rush serba baharu turut mendapat penarafan lima bintang daripada ASEAN NCAP.
  • Toyota Rush serba baharu ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu putih, perak, kelabu, biru dan hijau.

Harga dan varian Toyota Rush 2018:

  • RUSH 1.5G (AT) bermula dari RM93,000.00
  • RUSH 1.5S (AT) bermula dari RM98,000.00

Toyota Rush turut ditawarkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan

JOM BACA >> INFO: Betul ke tidur dalam kereta boleh membawa maut?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit ENGEAR.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply