ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota tawaran penjimatan hebat sempena Hari Raya

Views

Sempena ketibaan Hari Raya tidak lama lagi, UMW Toyota Motor Sdn Bhd menawarkan penjimatan hebat untuk model model Toyota yang terpilih. Para pelanggan yang membeli salah satu daripada model model Toyota di bawah bakal menikmati tawaran seperti berikut:

  • Toyota Vios – Rebat tunai RM6,500 atau lima tahun servis percuma + rebat tunai RM4,000
  • Toyota Corolla Altis – Rebat tunai RM5,500 atau lima tahun servis percuma + rebat tunai RM3,000
  • Toyota Camry 2.5 Hybrid – Rebat tunai RM4,500 atau lima tahun servis percuma + rebat tunai RM2,000
  • Toyota Innova – Rebat tunai RM2,000
  • Toyota Avanza – Rebat tunai RM1,000

Selain itu juga, para pelanggan turut diberi Duit Raya sehingga RM3,500 apabila membuat tempahan sebelum 5hb Julai 2016. Duit Raya tersebut hanya diberi kepada pelanggan yang membeli model model terpilih seperti Vios, Altis, Camry, Innova & Avanza.

Pelanggan yang membeli varian terpilih model terbaharu trak pikap Hilux akan turut mendapat Duit Raya  berjumlah RM2, 000 jika membuat tempahan dalam tempoh tersebut. Kesemua tawaran tertakluk kepada Terma dan Syarat selagi stok masih ada.

Sebagai tambahan kepada pemilik kenderaan Toyota, tawaran khas juga diberikan untuk Alat Ganti dan Aksesori Tulen Toyota yang terpilih di seluruh pusat servis UMW Toyota Motor seluruh negara. Tawaran berakhir 31 Ogos 2016.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.toyota.com.my atau hubungi Talian Bebas Tol: 1800-8-TOYOTA (869682)TOYOTA atau hantarkan emel ke c[email protected].

June Promo Ad

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply