ARKIB

KATEGORI

Buletin

Unit ujian Persona dan Saga 2016 singgah di Kuantan

Views

Beberapa tahun lalu, salah seorang daripada ahli editorial kami pernah berselisih dengan unit ujian Preve yang sedang diuji dalam bandar Kuantan. Kali ini, giliran pemandu uji Persona dan Saga 2016 singgah lagi di Kuantan untuk pekena ikan patin masak tempoyak dan pais patin di restoran Mabiq, Tanjung Lumpur.

Foto foto ini sempat dirakam oleh Aina Edin yang kebetulan makan tengah hari di sana semalam. Apabila menyedari kereta tersebut dihampiri, pemandunya bergegas ke kenderaan masing masing dan melarang untuk mengambil gambar bahagian dalam yang masih bertutup dengan pelekat hitam. Jadi terlepas la peluang kita untuk melihat bahagian dalam kedua dua model tersebut buat masa ini.

Kami jangka Proton akan melancarkan Persona 2016 selepas Hari Raya Aidilfitri dan Saga pula bakal diperkenalkan pada suku ketiga atau keempat tahun ini. Proton sedang berusaha untuk mengenal pasti dan menyelesaikan isu isu yang melibatkan kualiti terlebih dahulu sebelum membuat memperkenalkan model model tersebut secara rasmi. Mesti mereka dah tak sanggup dengar pelanggan komplen lagi kan?

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

persona dan saga 2016 - mabiq kuantan 2 persona dan saga 2016 - mabiq kuantan 3 persona dan saga 2016 - mabiq kuantan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

24 Comments


  • ooooo, rupanya trailer bwk persona la yg saya nampak kat tol usj mggu lepas, sebab 4 buah kereta diatas trailer tu ditutup dgn kain hitam, hanya nampak rim bentuk kipas 2 tone saja, nk tgkp gambar x dpt sbb tgh corner..


  • Dgr kata skrg sejak lantikan ceo baru, ramai staf Proton x puas hati dgn top management baru skrg sbb bawa masuk leader2 yg x de knowledge dlm automotif


  • Mmm… cantik persona baru nie. Cuma kalau tayar besar sket lagi cun. Mgkin ilusi jer kot sebab penuh berpelekat so x begitu nampak lekuk2 dia. Even dulu masa spyshot kia cerato bepelekat pun nampak tak balance berbanding saiz tayar. Apa2 pun model nie akan bersaing dgn vios, city, almera… gud luck prootn!:)

    Cheers!


    • macamana tak rugi..dah nak masuk separuh tahun, jualan proton tak jejak 30k unit lg. honda pun dah naik tangga nombor 2. so DRB boleh pikir2kan skrg untuk sewakan kilang kat tanjung malim tu. :-p


      • Mmm… yup penguncupan jualan terburuk selepas era Saga BLM. Banyak faktor berkait termasuk isu2 semasa sprti tukaran matawang lemah, ekonomi global, saingan model2 baru lain, pengurusan n termasuklah isu tun M yg x mesra gov. Penangguhan keluaran model baru tidak seperti yg dirancang juga menjejaskan jualan bila pengguna tahan pembelian semata2 menunggu keluaran model baru yg mana info nie semua org bleh ekses dari media massa. Semakin lama tertangguh, selama itu juga prootn akan kehilangan pembeli dgn mendadak. Dan peluang sebegini pastinya memberi benefit kepada pesaing meningkatkan jualan model2 baru mereka yg berada di pasaran.

        Cheers!


  • GUA TETAP UCAPKAN TAHNIAH PROTON JANGAN MENGALAH DAN JANGAN BERUNDUR.ASEAN ANCAP KATA SUZUKI ARTIGA 0 ANCAP.PASTIKAN PROTON ARTIGA MPV 5 ANCAP.


  • x tau napa, aku rasa persona baru ni lawa walaupun ada rasa kecewa sebab dia gunakan base iriz. Mudah kata aku x kata x leh guna base iriz, cuma kecewa skit gunakan front iriz, tu ja, kalau front tu panjang skit dan lampu lain skit ok lah, tp still yg ni nmpk lawa juga


    • Mmm… Ok kot guna platform iriz. Dari platform 5 star asean ancap tu:) Rasanya depan x sama. Mgkin lebih kurang la. Cuma guna konsep lebih kurang sama sebagai new face utk model2 baru proton. Apa2 pun, kita nantikan kemunculan rasminya 🙂

      Cheers!


  • Berdasarkan spy shot iklan yg diorg buat, aku nampak belakang mcm mitsubishi atrage sedan je, hampeh, mintak maaf cakap, dari segi design, jgn mimpi persona ni nak bersaing dgn city, vios dan atrage mingkin blh makan lg, proton tak pernah belajar dari kesilapan, kia n hyundai dah buat dan terbukti berjaya, di zaman ini, kejayaan sesebuah model kereta bergantung pada design, kemudian teknologi dan keselamatan, bukan nak mengagungkan jenama luar, saya sayang proton, tapi proton sendiri tak pernah sedar dan belajar dari kesilapan lalu, ntah sesiapa ntah dia ambik jadi ceo n designer… dah terbukti designer sekarang ni fail… fired je dan cari org yg blh ikut trend semasa….


    • kenape diorg lebih utamakan kos dari kehendak pengguna? mereka x belajar dari kesilapan ke? nk komen byk2 pun x guna sbb model tu dah dlm production line pun. kalau jualan fail, jgn ckp abg x bgtau awal2…tunggu dan lihat jek lah ye…lau komen abg ni kena remove lg,pasrah jeklah…huhuhu


      • Mmm… bahagian komen nie mmg ada problem. X tau la admin sedar atau x atau ada hackers kat pautan blog nie:( Setiap kali hantar komen kerap keluar ERROR 524. Dan komen yg kita post x keluar. Dan biasanya kita back. N totally la komen tu xkn masuk:)

        Cara sy, bila keluar error tu sy hanya perlu tekan button refresh n baru la komen tu appear… huhu

        Ada pengalaman yg sama? Kalau ada, patut la x ramai yg bertandang n berkomentar di blog funtasticko nie. Apa2 pun dh dekat 10 years funtastiko bersiaran kn?:) Kipidap….

        Cheers!


    • Mmm… kita tunggu ye bila model nie menjengah dipasaran. Sekurang2nya model nie akan memberi saingan ke atas model import tu sebagaimana edisi pesona sebelum nie:) faktor pembelian dilihat juga dari segi harga mampu milik, nilai tambah, spek, prestasi penggunaan minyak, keselesaan, praktikal, enjin, servis lepas jualan dll. Selain faktor design.

      KIA n hyundai yg menawan rekaannya pun hari ini mendapat tumpuan di luar negara sahaja. Utk pasaran domestik seperti m’sia agak kurang mendapat tempat. Statistik jualan model KIA oleh MAA setiap bulan pun dlm average 200-300 unit utk pelbagai modelnya dan hyundai dlm average 300-400 unit sebulan utk pelbagai modelnya juga. Mmg sukar nk jangkakn? So, x salah utk proton bermimpi n memasang angan2 n meletakkan model2 baru mereka setara dari segi kehendak piawaian kereta hebat masakini. Design wise bagi sy ok jer utk persona nie. Nampak lebih baik design nissan almera yg terbonjol2 sana sini. Sorry:)
      Dari segi teknologi n safety, proton utamakan tanpa kompromi. Even KIA Morning a.k.a kia picanto versi rendah utk pasaran indonesia pun mendapat 0 star crash test asean ancap. Begitu juga hyundai Eon utk pasaran filipina, 0 star. Apa cer?

      Apa2 pun kita berharap model persona nie akan mnjadi antara terlaris dlm segmentnya:)

      Cheers!


  • kalau betul proton nak jadikan persona ni laris seperti sebelum ni, harga kena lah sesuai dengan kebanyakan golongan pertengahan..mungkin maksimum high spec harga RM55K. kalau jual mahal, mcm biasa, org akan beralih ke city atau vios.

    tambahan lagi, kereta ni masih menggunakan enjin dan gear punch. 2-3 tahun lepas enjin baru keluar, orang akan rasa rugi pulak beli yg ni.

    memang agak sukar nak meramal apa nasib proton 2-3 tahun. kalau diaorang buat ‘gaya’ macam tahun ni, memang makin kelam lah jualan proton.


    • Majoriti pengguna beli Proton sebab murah, Proton mesti terima hakikat tu.
      Satu lagi hakikat ialah market jualan di Malaysia ni semakin mengecil tetapi pilihan semakin banyak. Untuk survive Proton perlu fokus pasaran luar.
      Apa dah jadi project eksport ke Bangla, Indo, China & India? Global Small Car, Global itu dan ini tapi akhirnya domestik market pun xboleh bersaing.

      Bila tukar CEO, tukar strategi. Kalau macam ni sampai bila pun konfius!
      Proton perlukan blueprint, bukan CEO yang bertukar setiap 2 tahun. Kemon Proton!


    • klu tgk pada gambar2 yg dah leak, rim persona r ni nampak kemewahan dia, ala2 rim suprima s high spec.. mungkin features high spec persona ni tak jauh dr Iriz premium.. ada VSC, 6 air bags, camera undur, Push-Start Button, keyless entry, LVD screen, GPS..

      semua features ni tak da kat persona high spec (persona hanya menang sbb ada auto cruise… jadi kalau harganya sekitar 65k (high spec Iriz adalah 62k), rasanya ia lebih berbaloi berbandi honda city high spec yg mencecah 92k.. malah variant paling murah city adalah 76k.. perbezaan 20k antara high variant persona r dgn variant paling murah Honda city…

Leave a Reply