ARKIB

KATEGORI

Buletin

Van panel Daihatsu Grand Max transmisi automatik bakal diperkenalkan – Tempahan kini dibuka!

Views

Daihatsu Malaysia bakal melancarkan produk kenderaan komersilnya yang terkini, van panel Grand Max baharu dengan transmisi automatik dan enjin 1.5 litre DOHC DVVT tidak lama lagi. Sempena pelancaran tersebut, Daihatsu Malaysia kini menawarkan promosi pembeli terawal dengan pakej servis penyelenggaraan PERCUMA selama 1 tahun untuk tempahan yang dibuat mulai 16 Ogos hingga 30 September 2018.

Sebagai perbandingan dengan model sebelumnya yang menggunakan transmisi manual sejak 8 tahun lalu, van Gran Max AT direka untuk memenuhi kehendak pemilik perniagaan kecil dan sederhana (SME) bergerak, syarikat dan agensi kerajaan dengan pilihan transmisi automatik dan kenderaan ini juga mampu mengangkut sehingga 2,000 kg berat kasar (dengan beban).

JOM BACA >> Geely Bin Rui Dan SX11 – Fakta Ringkas Bakal Dua Model Proton Masa Depan

Dengan mengambil kira keadaan jalan raya di Malaysia, Daihatsu melengkapkan kenderaan komersial ini dengan fungsi pacuan roda-belakang (RWD) yang akan menawarkan pecutan lebih baik dan lebih cengkaman. Radius pusingan yang kecil 4.7m dan stereng kuasa pula menyokong tabiat pemanduan pemandu tempatan serta meningkatkan pengendalian.

Van yang akan dilancarkan ini juga dinaiktaraf dengan kelengkapan yang diperbaiki seperti sistem brek anti-kunci (ABS), dua beg udara SRS dan stereng collapsible, untuk keselamatan tambahan dan selaras dengan pasaran Malaysia. Harga untuk Gran Max AT ditawarkan pada RM69,888.00 sahaja termasuk jaminan selama 3 tahun atau 100,000 km.

JOM BACA >> VIDEO : Mazda CX-3 2018 – Lebih Comel Dan Senyap Berita Automotif Ulasan Pandu Uji

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply