ARKIB

KATEGORI

Buletin

VW tayang lakaran rasmi Jetta generasi baharu

Views

Volkswagen mula mengusik warga siber dengan mengeluarkan foto acah lakaran Jetta generasi baharu yang ditayangkan semasa pembentangan mengenai model tersebut menerusi Ketua Pegawai Kejuturuteraan Volkswagen Amerika Utara, Matthias Erb di Phoenix. Model generasi baharu Jetta ini lebih menarik dengan penggayaan rekabentuknya yang banyak dipengaruhi oleh model Arteon dan Phideon (hanya untuk pasaran China).

Jetta 2019 dibangunkan dari pelantar MQB yang turut dikongsi bersama dengan model Golf dan Audi A3. Sedan baharu VW ini akan dikuasakan oleh enjin 1.4-liter dengan pengecas turbo yang dipertingkatkan dan digandingkan bersama transmisi 8-kelajuan automatik. Kombinasi ini mampu menghasilkan 150 kuasa kuda dan dijangka harganya akan mengalami sedikit kenaikan. Ia bakal membuat kemunculan sulung global di Detroit Auto Show 2018 yang bakal membuka tirainya pada pertengahan bulan Januari tahun depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply