ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

10 ciri menarik sedan baharu Perodua

Views

Sedan pertama keluaran Perodua bakal diperkenalkan secara rasmi pada 21hb Julai ini. Difahamkan sedan kompak yang dibangunkan dari platform Axia itu bakal dinamakan sebagai Bezza dan tempahan bakal dibuka dalam masa terdekat. Jom kita lihat apa ciri ciri menarik yang ada pada model sedan ini.

  1. Mendapat pengiktirafan sebagai sedan EEV pertama keluaran Perodua
  2. Terdapat tiga varian : Standard G, Premium X dan Advance
  3. Dua pilihan penjana kuasa dengan teknologi termaju : 1.0 liter (1KR-VE dengan VVT-i) dan 1.3 liter (1NR-VE dengan Dwi VVT-i)
  4. Sistem”Eco-Idle” (sistem henti melahu) untuk varian Advance sahaja
  5. Pilihan transmisi manual dan empat-kelajuan automatik untuk varian Standard G, Premium X dan Advance hanya ada pilihan empat-kelajuan automatik sahaja
  6. Ruang bagasi yang luas, 508 liter
  7. Susunan tempat duduk yang fleksibel (8+1) dan tempat duduk belakang yang boleh dilipat 60:40
  8. Sistem ABS dengan EBD sebagai ciri standard semua varian
  9. Sedan ini diberi jaminan lima tahun oleh Perodua
  10. Mendapat pengiktirafan keselamatan lima bintang ASEAN NCAP (hanya untuk varian Advance sahaja)

Kami yakin sebahagian dari ciri ciri yang terdapat pada model sedan ini bakal menjadikannya sedan yang terlaris dipasaran kelak. Namun ia bergantung pada faktor harga dan apa yang ditawarkan oleh pesaingnya yang terdekat, model Saga generasi baharu. Nantikan kemuculannya!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

56 Comments


  • Mmm… harga akhirnya menjadi penentu model ini akan laris di pasaran. Dgn mendapat pengiktirafan model kenderaan EEV, model ini dijangka mendapat banyak pelepasan cukai di bawah dasar automatif negara (DAN). Ini membolehkan perodua diberi banyak peluang/option meletakkan harga yg lebih rendah berbanding pesaing dlm pasaran. Ditambah model ini diletakkan dlm segment A@B yg mana segment paling laris di pasaran M’sia.

    Apa2 pun, kehendak n citarasa pengguna agak x semudah utk diramal. All the best!:)

    Cheers!


  • Kalau Advanced dapat penarafan 5 bintang, yang standard tu berapa bintang pula? Tak boleh iklan ada 5 bintang la sebab varian berbeza, mengelirukan pengguna. Sama kes la macam kereta di Europe dapat 5 bintang, tapi version di Asia kosong aje, airbag pun takde.


  • standard apa yg digunakan oleh perodua untuk mengukur fuel consumption.. sbb sebagai pemelik axia, sy tak pernah dapat FC 21 km/l, melainkan pemanduan highway tanpa langsung unsur mendaki bukit.. jika campur dgn pemanduan dalam bandar, FC tak kan dapat 21 km/l


    • Mencelah skit ye…dah try dgn g2 umur 14 tahun 1.6 cc 4 silinder alhamdulillah well maintainent…dari temerloh topup minyak rm30 tangki penuh ..blk ke kajang. Dgn speed 50 60 km sjam.mmg brcinta x ingat dgn speed ni.aircond sederhana sejuk…hasilnya hanya setakuk pggunaan minyak dan try refueling blk rm10 dah pnuh melimpah…so eev kan.


  • Try gen 2 auto 1.6 4 silinder umur 14 tahun body berat..dari temerloh topup rm 30 full tank ke kl..bwk lalu LPT bwk 50 60km sjm..mmg bercinta x ingat dgn speed ni.aircond medium speed.hasilnya smpi kjg meter minyak hanya setakuk dan try refueling blk rm10.00 dah pnh tangki melimpah…so sgt2 eev kan…


  • Hello Proton…masih berhari raya lagi? ‘Game changer’ dah keluar ni…

    Well done Perodua..ini macam baru kata marketing…jangan buang masa, bagi 1st impression yang bagus, hebohkan selling point…selebihnya biar pembeli decide.

    Wake-up Proton, masa tak menunggu kamu.


    • Perodua diurus dgn baik.. CEO dia pemikiran business.. mereka tahu kekuatan mereka, dan mereka ‘luahkan’ semaksimum yg mungkin..

      Proton pula, pengurusan yg lemah, mereka tak memandang apa akan jadi pada cabaran dunia automotif 10 tahun mendatang..

      sebenarnya, ‘kelembapan’ jualan proton sekarang bukan daripada pengurusan sekarang, tapi daripada pengurusan 10-15 tahun dahulu..

      disaat mereka menguasai jualan kenderaan di Malaysia sehingga mencecah 200k jualan tahunan, mereka mula dibuai dgn kesenangan dan kemewahan.. kualiti tak ditekan, after sales dilupakan.. hasilnya, mereka dihukum sekarang..

      rasanya Proton masih belum terlambat, cuma rasanya momentum jualan mereka mungkin sedikit lambat..

      sy rasa Proton akan ‘full throttle’ bila enjin GDI mula dikomersilkan, yg mana ianya hanya akan berlaku pd tahun 2018..


      • Proton seakan hidup dalam dunia sendiri…menumpukan pada perkara yang tak penting dan melupakan benda asas dalam bisnes mereka…

        Salah satu contoh…Perdana yang baru lancar sebulan yang lepas dengan harga 138K tak ada pushbutton n keyless entry mcm Perodua Sedan yang harganya jauh lebih murah. Dan management Proton dengan bangga memanggil Perdana2016 itu ‘PRESTIGE’.


          • bang, aku tahu pasal tu. tapi kenapa Proton masih nak keluarkan kereta yang ‘tak boleh disentuh’ pada harga yang ‘tak boleh nak dijual’ dengan jumlah yang banyak dan ‘tak boleh dieksport’ kemana2 sekalipun?
            Bila waktu engine baru dah keluar, masa tu dah tak ekonomikal nak invest untuk safety features, improve handling dan re-design interior sebab dah outdated…

            lebih baik fokuskan usaha dan modal pada model yang boleh jual dan lancarkan secepat mungkin.

            Cepat-cepatlah lancarkan Persona dan Saga baru tu…lepas tu kita bole tengok sama2 hasilnya.

            Nak tunggu enjin baru pun tahun 2018 baru dijangka keluar…mungkin waktu tu Proton perlukan suntikan modal lagi sebelum boleh mass production.


          • Ni aku setuju, Honda xbagi pun perdana jual kat luar, jadi xkemana jgk la. Yg sebelum ni ok la sbb nak ganti kereta gomen. Kalau masih nak local market je, memang xkemana la.


          • Mmm… visi biz prootn n perodua tidak sama pada awalnya. Situasi semasa industri, menyebabkan banyak pengeluar membuat pengubahsuai trend n strategi pengeluaran produk masing2. X mudah utk menguasai teknologi n kejuruteraan dlm sesuatu produk dlm masa yg singkat. Setiap produk yg dikeluarkan adalah satu pembelajaran. Bila berpeluang mendapat platform dari hasil JV dgn company lain, u dpt ilmu baru, blue print teknologi penghasilannya sekali dan penambahbaikan dpt dilakukan pada produk baru. Cth; dpt platform kereta sport lancer evo maka lahirkah inspira dgn gaya sedan famili (fasa 1, fasa 2 batal). Ilmu nie sudah tentu diterjemahkan kat model baru maka lahirlah preve. Beza preve berbanding waja first proton hasilkan sendiri, kan beza sgt tu? Kes perdana tu, sy rasa kalau bleh prootn nk jer transform 120% kat platform accord tu, cuma honda pun ada percaturan jualan produknya, so depa letaklah terma dan syarat yg merepek2 tu. Proton guna platform accord gen 8 yg dah berusia 8 tahun. But still platform yg bagus, kn 5 star ancap gak? teknologi gen 8 dan gen 9 accord pun x banyak beza. even prootn pun buat penambahbaikan kat platform gen 8 tu. Rupa pun lebih menarik kn?:) Atleast lepas nie proton dah ada asas utk next perdana. Perdana nie buat masa nie bukan target untung sgt pun, sebagai pemulihan jenama mgkin. Dlm masa yg sama proton perlu fokus n tumpukan segment A, B pasarannya. jaga betul2 disamping meneroka segment2 lain. x gitu?

            Cheers!


    • Hahaha…. Perodua sememangnya bijak mengurangkan kos RnD, tiada road test… Pengguna/pembeli FASA pertama dijadikan sebagai kaji selidik aka bahan ujikaji


  • apa yg berlaku sekarang, Proton mula menjelajah ke territory Perodua.. dan Perodua juga sedang lakukan perkara yg sama,

    Myvi vs Iriz
    Bezza vs Saga

    dan akan datang..

    Alza vs Ertiga

    sebenarnya sy masih menunggu berita, adakah Proton akan keluarkan model utk lawan dgn Axia.. Adakah enjin 1.0 dan 1.2L yg sedang dibangunkan sekarang hanya utk Saga?
    Jika model ini dibangunkan, adakah Proton akan adakan kerjasama dgn Suzuki?


    • proton buat je kereta low maintainance,jimat minyak,harga munasabah,after sales service yang baik.comfirm ramai orang beli.

      perodua tengah buat wake up call untuk proton..


    • blakang so-so. agak weird.. tp yg penting keselesaan dalaman…
      tengok kemasan dalaman pun sudah menarik hati.. simple but nice… elegant.
      Proton klu bab kemasan ni FAILED! tktahu le apa dlm otak pereka Proton.. satu kabin di hitamkan mcm zaman perang dunia kedua.. tona warna entah apa2..

      Syabas P2 kurang2 bg designer Proton yg berlagak nak mampos tu reti bahse sikit design languange citarasa pembeli.. bukan SYOK SENDIRI maaah! azlano oii!


  • bersedialah salesman proton utk menghadapi kegawatan jualan walaupun model2 baru keluar…brezza akan success – jumlah jualan brezza akan melebihi sales Persona R + Saga R …nisbah minima 2:1
    jadi salesman proton perlu berpuasa…elok utk kesihatan…bersedia utk kegawatan sepertimana industri Oil & Gas


    • Rasanya ia masih blum penamat bg proton.. cthnya.. model2 yg perodua tawarkan akan lebih bersaing sesama sendiri.. mungkin ada bakal pembeli axia akan membeli bezza, dan juga mungkin ada bakal pembeli myvi akan beralih kpd varian advance bezza..

      lg satu faktor.. design.. sy rasa saga r dan persona r akan menang dalam bab ni..

      bezza adalah kereta dlm segmen A.. adakah pengguna sanggup beli varian trtinggi bezza yg mungkin sekitar 55 -60k?

      Rupa kereta yg menawan byk main peranan.. hujahnya adalh honda city.. toyita terpaksa buat rebat bagai utk vios, hanya sebab pembeli meleleh air mulut melihat ketampanan honda city

      apa pun… kita tunggu dan lihat sambil mkn pop corn


      • even vios dugong hudoh pon sales top dr Persona why? ciri2 apa yg customer mahu?

        suruh top management proton perah sikitlah otak.. malas pikir..

        ada hati nk export bagai.. Chile la.. varian MPV utk family pun ‘cacat’ safety. airbag hanya 4. pastu paling BODOH nk wujudkan tethering seat mcm nak kena buat enjin lain.. itu wajib ada sbb baby cradle seats perlukan tethering hooks. TAPI mana dia??

        2nd & 3rd row seats flat mcm lori barang.. bhgian panel belakang tampal dengan cardboard gn dibalut dgn carpet fabric.. mcm biul je tampal2 cmtu xde ‘kelim’ / laminated.

        ini nk buat keta ke nk buat van barang? bodoh tak boleh nk fokus.. kalau nk buat family mpv fokuskan spesifikasi mpv yg betul2 memenuhi keselesaan dan keselamatan family.. ini semua nak tibai… ego takmau FOKUS!!

        itulah ckp management Proton syok sendiri.. lebih kasar.. BODOH..!

        next 5 years mintak sedekah lagi pada Govt..3billion ???


        • Ak tgk kat jalan, lg byk persona dari vios dugong..

          lgpun persona model dah dekat 10 thn kat pasaran (klu ambil dr gen2, dah dekat 12 thn)..


        • Proton Ego atau awak yg ego. Segala bahasa kasar nk guna. Proton memang ada masalah management sejak dari dulu tp pada pendapat saya Proton jauh lebih pentingkan safety berbanding kereta Perodua. MPV BODOH yg awak kata tu la antara yg MPV yg paling byk atas jalan raya. Exora face-lift yg baru ni pun berlambak. Rata2 puas hati dgn performance nya. X salah kritik, tp bahasa tu jaga la juga. Khuatir akan kena balik pada kita.


        • Kasar sangat bahasa awak tu bro…kalau nk kutuk, kutukan membina sangat2lah diharapkan. Tapi ni dah tahap memaki, tak constructive, takda lontaran idea. Takda fakta.

          Tak suka Proton (atau xsuka apa2 produk pun) itu biasa. Tak suka takpa. Tak payah beli. Tiada bukti rakyat Malaysia susah kalau ada Proton. Kalau ada sila buktikan.

          Buat nama acc profile pun semata-mata nak tunjuk marah kat Proton..


          • BODOH = itu satu perkataan maki atau menggambarkan sifat ? kalau sifat BODOH itu memang wujud dlm PROTON kenapa rigid sgt.. nak ckp kasar??

            bro.. ko org Proton ke? atau stake holder?

            30 tahun lebih ‘sopan’ sgt ke Proton menipu pembeli dengan sub par kualiti.. ??

            akhirat nanti merangkak kot nak tagih ‘halal’ menipu pembeli?

            “Tak suka Proton (atau xsuka apa2 produk pun) itu biasa. Tak suka takpa. Tak payah beli. Tiada bukti rakyat Malaysia susah kalau ada Proton. Kalau ada sila buktikan.”

            sorry bro, bro ckp BODOH itu kasar.. tp saya rasa bahasa atas itu paling SOMBONG dan KASAR.. sbb apa?

            lepas ni kacau duit negara lagi.. mintak duit kerajaan.. woii broo berlambak lagi manusia dlm Malaysia ni perlukan bantuan untuk hidup berbanding nak save KEBODOHAN manangement proton yg makan gaji BUTA.. keluar masuk mereka tetap bergaji.. pembeli terkena dengan 9 tahun tanggung hutang mcm mana?

            “MPV BODOH yg awak kata tu la antara yg MPV yg paling byk atas jalan raya. ”

            kasihan.. ini kata syok sendiri.. kasi statistik tgk betul ke??

            pengampu2 menyeronokkan.. kita tunggu sales report next MAC ye bro..

            panjang umur aku Insya Allah aku akan cari balik 🙂

            DEDAK… oh DEDAK.. bersepah rupanyaaa


          • Mmm… sabar jer la bro fridzmax, depa nie dah xbleh diselamatkan lagi, Minda dah cacamerba dgn bau2 politik bagai… kritikan dah bukan utk membina. Masa mereka lebih utk mencerca, menghina, menghasut dan melekeh2kan meluahkan kemarahan. Adab n akhlak pun xde. Sorry. Baca statement depa nie sambil senyum n makan pop corn jer laa. lalala…

            Lama x menjelma? x terlewat nk ucapkan selamat hari raya. hehehe:)

            Cheers!


          • Salam Bro Fauzan. Selamat Hari Raya.

            Ye, lama saya tak muncul disini. Saya gemar membaca info yang di-posting oleh admin. Sejak kebelakangan ini, amat jarang saya belek komentar2 yang diajukan.

            Betullah kata bro, lebih baik makan pop corn sambil baca statement yg di-post. Tapi sebab sekarang mode raya, kita tak makan pop corn, kita makan kuih raya. Hahaha.

            Kadang2 saya memilih untuk PM tuan admin blog. Tapi isunya lebih luas, bukan isu automotif semata2.

            Saya meraikan semangat perbezaan pendapat. Saya terbuka dan tak terasa. Biasalah tu, inikan medium sosial, semua orang ada hak untuk mengutarakan pendirian masing2.

            Selamat Hari Raya semua.


    • Satu persaingan yang baik actually. Ni beri kelebihan kepada pengguna untuk mendapatkan pulangan yang berpatutan. Akan ada nanti persaingan harga dan diskaun pelbagai. Bersaingan yang sihat.


  • 1. Proton kalau diorg buat design kereta macam Bezza ni, atau mcm Almera ke, 98% hampir pasti kena kutuk. Nasib awaklah Proton. Hadaplah semua ini..

    2. Ada satu masa, saya dan rakan develop satu model kereta 3d. Dua salinan dihasilkan, satu diletak dengan logo Honda, dan satu lagi dengan logo Proton. Kami tunjukkan pada rakan2. Hasilnya, model yg berlogo Honda mendapat pujian melangit. Yg Proton…tak seperti model Honda.

    3. Ya, sample size kajian tu tak cukup pun utk hasilkan satu kajian yg credible, tapi sedikit sebanyak dapat menunjukkan gambaran perspektif orang ramai terhadap Proton.

    4. Malah perspektif negatif terhadap Proton itu merebak pula kepada aspek lain selain aspek rekaan/design. Sangat kesian.

    5. Kepada Proton, teruskan usaha anda untuk hasilkan kereta yg baik. Buatlah kereta dengan jujur, tekun dan nilai kasih sayang.

    6. Perodua sangat mendapat kepercayaan orang ramai. Masing2 berniaga, buatlah yg terbaik. Kekalkan kepercayaan orang ramai.

    7. My POV, saya sendiri tidak berapa teruja dengan Bezza. Keterujaan terhadap Kia Picanto masih tinggi (spesifikasi+harga tak boleh lawan). Terima Kasih kepada persaingan. Kita juga yang beruntung.


  • Bila tengok saiz Bezza ni sama dengan Axia, semalam balik rumah tengok la Axia atas jalan. Confirm la kereta baru ni kurus tinggi, Memang nampak pelik la. Tapi dalam gambar nampak ok.


    • Bezza kurus tinggi, memang nampak pelik terutamanya Dari belakang.. Saga Flx ada over fender sikit, lebih menarik Dan tidak nampak pelik berbanding bezza..

      Jika saga³ 2016 tiada over fender mungkin nampak kurus tinggi juga..


  • Satu persaingan sengit kpd Proton.. Bezza direkabentuk oleh team Produa sendiri.. bukan lagi parent company Jepun nya?

    Ruang kabin Bezza direka oleh kakitangan tempatan.. yg jauh lebih menarik dari rekabentuk kebiasaan model2 Proton.. satu tamparan buat Proton yang selama ini ‘menang moral’ atas alasan ‘tempatan’.

    Apapun ia merupakan satu persaingan sihat dlm industri automotif negara.

    >>
    Menurut potral berita pemotoran berbahasa Melayu – Careta, yang diberi kesempatan menguji pandu model terbaharu Perodua itu baru-baru ini, sedan berkenaan akan ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.0 liter dan 1.3 liter, dengan jaminan lima tahun.

    Model sedan berkenaan mengguna pakai platform Axia, dengan reka bentuk badan dan ruang kabin direka oleh kakitangan PERODUA sendiri.

    Ia juga adalah model pertama PERODUA menggunakan sepenuhnya kepakaran reka bentuk tempatan.

    Model terbaharu ini dibina dengan kandungan bahan tempatan yang sangat tinggi, malah antara yang tertinggi dalam kalangan kenderaan tempatan.

    Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/173499


    • Pada pendapat saya, dari segi rekaan dalaman proton lebih baik terutamanya dari segi kualiti plastik yang digunakan pada model model yang terbaru. Tuan boleh cuba bandingkan sendiri model yang setaraf, macam iriz dengan myvi. Mungkin tuan boleh rajinkan diri untuk jenguk jenguk sendiri model model yang terbaru di showroom untuk lebih jelas. Apapun, saya bukanlah pengguna proton. Saya cuma seorang penggemar kereta.


      • Mmm… depa nie marahkan produk lama utk beri gambaran kpd produk baru… time tu kritikan kelaut, penilaian kelaut, semuanya x kena la di mata tu… sy juga penggemar reka bentuk kereta dan yg berkaitan dgnnya… sat lagi adalah malaun yg label sy org proton la, komen dibayar la, part of stack holder la, fanatik la… bla bla bla bila berbicara +ve tentang proton:P … ready 1 2 3….

        Cheers!


  • Perodua ni bandingkan dengan Proton kualitinya taklah bagus mana, cuma Perodua ni lebih reliable berbanding Proton. Plastik dashboard Perodua lagi keras, seat pun spannya lagi keras, panel door pun keras juga. Tapi enjinnya memang tak menghampakan, boleh diharap. Proton? 1st batch mesti kena macam2. Tiap2 kali launch product mesti ada masalah. Lagi satu la kan, Perodua ni orang Malaysia ingatkan ianya Toyota in disguised.


    • Tidak dapat dipastikan APA yang sangat keras.. Telah dibuktikan Proton menggunakan teknologi high press forming(HPF).. Kerangka Iriz empat Kali lenis keras berbanding Myvi..


      • **HPF = hot press forming
        RESS = The Reinforced Safety Structure
        UTS = Ultimate tensile strength

        Teknologi yang ada pada Proton Dan tiada pada Perodua..

        Kerangka Dan platform jauh lebih keras..
        Bahagian luarnya lebih lembut untuk menyerap hentakan..

        Bahagian kokpit yang sangat keras bagi melindungi ruang pemandu Dan penumpang..


        • **HPF = hot press forming
          RESS = The Reinforced Safety Structure
          UTS = Ultimate tensile strength

          masyarakat kita tak celik mata lagi dengan benda2 cam ni..


  • Minggu ni arena automotif tempatan agak panass dengan kehadiran Bezza dalam keluarga Perodua..

    Menurut sumber, Persona R juga akan dilancarkan hujung bulan ni.. kalau benar, mungkin minggu depan kita akan dipanasskan pula dengan Persona R.. khabarnya, harga Persona R bermula dari RM50k..


    • Mmm… betul ker nie? Meriahlah industri auto kita:) Persona R bukanlah bandingan yg betul dgn Bezza nie. Cuma bila keluar tarikh dh dekat. Range harga pun x sama kn?Tu yg cepat jer nk banding. Bezza nie mgkin agak kecil sket drp persona R sbb guna platform Axia. Even Saga R lebih besar. Cuma rekaan baru bahagian depan, ruang bagasi yg lebih luas dlm kelasnya mgkin jadi taruhan disamping harganya yg murah terutamanya model basic:)

      Cheers!

Leave a Reply