ARKIB

KATEGORI

Info

10 lapangan terbang terbaik dunia, Qatar rampas kedudukan nombor satu

Info

Views

Sejak sedekad lalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura mengungguli kedudukan teratas dalam carta Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax (Skytrax World Airport Awards), namun kini tidak lagi kerana takhtanya telah dirampas oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad (HIA), Doha, Qatar.

Menurut portal MStar, kedudukan Changi jatuh di tangga ketiga di bawah Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun yang mengekalkan kedudukannya. Difahamkan, antara faktor peningkatan kedudukan Doha termasuk kerja keras syarikat penerbangan utamanya, Qatar Airways di mana pihak kerajaan telah banyak melabur pada syarikat penerbangan nasional itu dan lapangan terbangnya.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Penumpang Qatar Airways yang mempunyai penerbangan sambungan di HIA boleh menikmati lawatan ke lapangan terbang itu, penginapan dan makanan percuma. Malah, perkhidmatan pemindahan VIP ketika penumpang turun dari pesawat memberi tambah nilai kepada peningkatan kedudukan lapangan terbang itu.

Sementara itu, tiga lapangan terbang di Jepun turut tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik pada tahun ini. Selain Haneda, Lapangan Terbang Antarabangsa Narita naik dua anak tangga di tempat kelima, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Kensai pula naik satu anak tangga di tempat kesembilan berbanding tahun lalu.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pula naik ke kedudukan ke-55 berbanding di tempat ke-63 tahun lalu. Calon-calon Anugerah Lapangan Terbang Terbaik Dunia itu dipilih menerusi undian kepuasan pengguna yang dilakukan pada Ogos 2020 hingga Julai 2021.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Berikut adalah senarai 10 Lapangan Terbang Terbaik Dunia:

  1. Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad Qatar (HIA)
  2. Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda Tokyo (HND)
  3. Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura (SIN)
  4. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul (ICN)
  5. Lapangan Terbang Antarabangsa Narita Tokyo (NRT)
  6. Lapangan Terbang Antarabangsa Munich (MUC)
  7. Lapangan Terbang Antarabangsa Zurich (ZRH)
  8. Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow London (LHR)
  9. Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (KIX)
  10. Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKG)

Dalam tempoh itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou, China menerima 35-45 juta penumpang dalam tempoh itu manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad pula menerima 25-35 juta penumpang. Ini diikuti dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow (20-25 juta), Frankfrut (15-20 juta), Changi (10-15 juta), Zurich (5-10 juta).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply